Selasa, 23 Julai 2013

Selagi Berupaya Kuteruskan

Setinggi seluas gunung dan lautan. Sejuta harapan yang aku pertaruhkan. Dan beronak berliku jalan yang aku lalui. Selagi berupaya akan ku teruskan.Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam. Bila di dalam keberanian namun terusik jua perasaan ini. Tiada hentinya memanjangkan doa. Semoga jiwa ini terus tabah. Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara. Yang terpahat di dalam diri ini hanyalah Kenangan dan Nestapa...

Isnin, 17 Jun 2013

Tak Ada Cita Cita Ke ?

Salam Sejahtera buat semua, 

Update kedua untuk tahun 2013 ialah pada bulan Jun. Maaf lama tak update. Mungkin Bosan dengan Blog ? Mungkin tiada masa ? Atau mungkin dah malas, tak berminat atau sebaliknya. Entah lah. Sepanjang Mac hingga awal Mei yang lalu, aku sibuk dengan pembikinan filem Pilot Cafe arahan abang Osman Ali. Mungkin masa memang tak ada langsung untuk menatap monitor komputer ini. Tak ada masa untuk menaip. 

Melangkah ke Jun, aku memulakan tugas seperti biasa, ke pejabat apabila jarum pendek mencucuk ke nombor 10 dan jarum panjang mencucuk ke nombor 6. Sememangnya sunyi, sepi, tanpa sebarang kerja. Mudah bosan. Benar aku katakan, kadangkala aku rasa bosan dengan kerja yang aku lakukan sekarang. Tiap tiap hari ke pejabat tanpa sebarang kerja, pinggang pun sakit duduk saja. Ada juga belek belek laman sesawang cari kerja. Mana yang berkenan klik apply. Kalau apply 15 tak mungkin 1 pun tak tersenarai kan. 

Hari demi hari, ada masa gelak tawa dengan teman rapat. Bila tiba di rumah, episod lain pula. Hidup rasa kosong. Tak tahu mana arah tuju. Ikut je....Kalau berhenti di situ maka berhenti la. Kalau masih jalan, jalan lah selagi mampu. 

Sehinggalah Hari ini, 17 Jun 2013 Isnin. Aku ke pejabat seperti biasa. Tidak seperti hari lain, tidak pernah dipanggil Bos dalam jam sebegini. Aku melangkah masuk ke Bilik Bos. Bos mula berbicara..


Bos : So i want to ask you something. So far are you happy with your Job ? 

Aku : Happy ? I am happy sometimes... Why ? 

Bos : Look, Can you tell me what is your ambitious ? What you want to be ? I mean yeah now you are     Assistant. Do you wanna be a Producer ? Or you wanna go to the Government or somewhere..

Aku : Aku terdiam sejenak. Lidah kelu tak terkata. Kemudian dia sambung berbicara

Bos : See. I know you very well. You doing your job so well. Your know where your mind go, after this what, after that what. You responsible. But I want you to think and tell me what is your ambition ? You still young, you can work. I want you to be a Production Manager but not now because I know you're not ready yet. But i know that you can work. 

Aku : Yeah I know...

Bos : So you think first and then tell me. Okay ? 

Aku : Okay. Thanks Boss 

Lalu aku melangkah keluar dari bilik dia dengan membawa Fail untuk Next projek. Dalam kepala aku berfikir. Aku ni tak ada cita cita ke ? Kenapa masa dia tanya aku tadi aku terdiam ? ...dan aku teringat pada minggu minggu yang lalu aku hanya klik klik apply pada job job yang aku berkenan. Adakah itu satu cita cita ? Nampak kawan kerja environment best sikit, kita pun teringin nak kerja macam mereka. Itu satu cita cita ke ? See. Aku sendiri tak faham. 

Aku terus melangkah keluar dari pejabat, tenangkan fikiran. Memikir apa yang aku perlukan sebenarnya dalam hidup ini ? Apa cita cita aku ? Sekarang 23 Tahun, kalau dah 30 - 40 Tahun nanti adakah aku masih macam ni ? Tak ada cita cita ke ?  


Sabtu, 2 Mac 2013

Diam Kadangkala Tak Berkata

Assalamualaikum.

Aku tahu dah lama aku tak menulis dalam ruangan ini. Mungkin sibuk. Mungkin tak sempat. Atau mungkin sudah tak berminat. Sebelum itu nak masih tidak terlambat untuk ucapkan Salam 2013. Rasa macam cepat sungguh masa berlalu, kita telah pun melangkah ke Bulan Mac. Banyak perkara yang telah aku lalui sepanjang Januari dan Februari begitu juga dengan anda bukan ? Apa yang ingin dikongsikan harini ialah tentang kehidupan.

Bila dah lama meniti alam pekerjaan, dah stabil, tiba tiba rasa rindu pada teman teman, tenaga pengajar, zaman belajar, macam macam lagi lah. Terus Terang aku katakan aku rindu semua. Dan sebenarnya aku dalam pemikiran untuk bertukar kerjaya. Bukan aku tak seronok kerja di syarikat ini. Cuma aku sentiasa mencari sesuatu pekerjaan yang lebih baik dalam menentukan Masa Depan hidup aku.

Setiap hari aku boleh dikatakan kurang gemar bercakap dengan semua orang. Kalau aku balik rumah aku akan terus ke bilik dan tidak akan keluar sehingga esok paginya aku keluar kerana mahu ke Pejabat. Ya, aku merasakan hidup aku kini kosong. Tiada teman teman, tiada gelak tawa, tiada apa apa. Begitu juga aku masih dalam perancangan untuk berpindah ke Putrajaya. Baru baru ini aku ke Presint 14 untuk melihat rumah baru, bagus, cantik, dan privacy.

16 Mac 2013. Penggambaran filem Pilot Cafe arahan Osman Ali akan bermula. Mungkin ada baiknya aku ikut penggambaran ini. Sekurang kurang nya aku tak lah merasa bosan. Penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Redang Terengganu. Mungkin itu saja untuk ruangan pertama di tahun 2013 ini.

Salam Semua

Rabu, 19 Disember 2012

Segalanya Tentang 2012

Hello !! Hai Semua. Woww sebenarnya memang dah lama I tak masuk dalam ruangan ni nak main lukis lukis ke conteng conteng ke !! Maaf la memang betul betul busy dan tak ada masa nak Menulis ! Okay yang dah lepas tu kita biar dia jadi kenangan sampai bila bila (^^,) Kita pun dah nak melangkah ke tahun baru tahun 2013 !! Tak sabar tak sabar tak sabar !! Hehehehe

Ok ! Untuk penghujung 2012 ini banyak benda nak cerita ni. Macam macam benda dah I buat. Semuanya smooth je berjalan lancar seperti yang dirancang. Nak cerita pasal kerja. Segala promotion untuk filem Lagenda Budak Setan 2 telah pun tamat. Pergi Road Tour ke Melaka. Kuantan dan sekitar Kuala Lumpur. Orang Melaka Kuantan and KL memang Sporting habis ! And yang paling best sekali dekat Wangsa Walk Mall anjuran Tarantella Pictures dan Cikgu Tuition untuk Charity 600 orang pelajar menonton filem Lagenda Budak Setan 2. So promotion LBS2 berjalan dengan Lancar.

Lagenda Budak Setan 3 ?? Okay sequel itu pula akan ke pawagam pada tahun 2013, tarikh masih lagi belum ditetapkan ! Hopefully best !! tengok trailer pun nak agresif. Sekarang ni I tengah busy untuk mencari pelakon pelakon popular filem Pilot Cafe. Yes ! Pilot Cafe adaptasi Novel terlaris dari Ahadiat Akashah yang bakal difilemkan. Pengarah nya tak lain tak bukan Osman Ali dan dibarisi dengan Fahrin Ahmad Izara Aishah Neelofa Zul Ariffin Remy Ishak Azizah Mahzan dan Ramai lagi. Jadi kena lah tunggu ya !

Untuk bulan Disember ini juga Lesen Memandu ! Yes ! Finally I dah ada Lesen Memandu Kereta !! Sekian lama tunggu masa yang free untuk masuk class memandu akhirnya Lesen ini ada di tangan Saya !! Hahaha. Kereta ?? Ooh akan datang. Masih dalam pemilihan lagi kereta mana yang sesuai ! Haha mungkin minggu depan ? 2 minggu lagi ? atau Januari 2013 ? Siapa tahu ? Ooh ya ! Harini jugak 19 Disember dapat berita daripada adik I yang baru dapat result PMR :) Ooh finally result dia dah keluar. Well not bad ! I pun tak sangka dia boleh dapat result bagus macam tu ! Tahniah Adik !

Khawin ? Yes ! Sebenarnya ramai kawan kawan college and sekolah dulu yang dah ke Jinjang Pelamin. Bertuah nya dapat Jodoh awal :) Pada Puan Nina. I doakan you and Faizal bahagia selamanya ! Muahh ! sorry tak dapat attend wedding uols ! I betul betul busy dengan Kerja (^^,)

Hmmm apa lagi yang tertinggal ya ?? Birthday ! Yes ! Birthday Mama yang lepas. Mama betul betul happy dapat Handbag baru yang I beli haritu :) And Boss pula Happy dapat Hadiah Lampu Meja office dari Ikea minggu lepas ! Bagus la kalau semua Happy dapat Hadiah Birthday !!

Kawan ? Minggu lepas and Minggu yang akan datang. rasanya tak dapat nak spent time dengan Kawan lama lama sikit. Baru baru ni pergi BB Plaza and terserempak dengan Intan dekat Cotton On ! Wow ! Intan shopping sorang sorang ?? Macam tak percaya !? So we decide to window shopping together gether dekat area area bukit bintang yang sesak dengan orang ramai tu. Hari yang sama sebelah Malam. Thank god ! Yaya and Meen datang KL. ambil I dekat rumah and we're going out for Dinner !! Meen bawa makan dekat kedai Thailand. Well tak sama dengan mana mana kedai Thailand yang I pergi sebelum ni. Nama kedai ni Sukhumvit somewhere in Kg Baru ~ Well it was a good foods. and kenyang sangat ! Nasi Goreng Krapraw harga Rm5 memang sangat Berbaloi :)

Okay ! Enough Talking ! I have to go Now ! New Story ? Okay nanti i update ! Bye xoxo !

Isnin, 17 September 2012

Lagenda Budak Setan 2

Hai semua Assalamualaikum.

Mula mula sekali nak Ucap Salam Aidilfitri Buat semua. Haha Maaf lah lama sangat dah tak jenguk and conteng conteng dekat ruangan ni. Masa sememangnya sangat mencemburui saya. Alhamdulillah kita dah pun melangkah ke bulan September dan ada beberapa bulan saja lagi untuk ke 2013 :) Rasa macam sekejap sangat je masa ni berlalu. Saya yang busy dengan kerjaya dan keluarga sampai tak sedar dah nak hujung tahun.

Habis saja roll filem Lagenda Budak Setan 3 May lepas memang terus busy yang teramat sangat. Bermula dengan promotion bagi filem Untuk 3 Hari arahan pengarah box office Afdlin Shauki yang akan ke Seluruh Pawagam Malaysia pada 20 September 2012 ini. Menampilkan pelakon hebat seperti Vanidah Imran Ayu Raudhah Rashidi Ishak dan Afdlin Shauki juga ramai lagi.

Sekarang ni dah rasa boleh bernafas sikit lah sebab promotion untuk filem ini pun hampir selesai. Haaa lepas habis yang ni. Lagenda Budak Setan 2 pula yang akan menyusul ke seluruh Pawagam Malaysia pada 29 November 2012. Promotion lagi kan ? Hahaha macam macam nak kena buat ni. Dengan contest (^^,) Malam Gala lagi. Sidang Media semua. Semua nak kena settle cepat. Billboard lagi nak letak kat semua tempat.

Bila dah settle pasal Lagenda Budak Setan 2 ni baru lah boleh nak bercakap pasal Pilot Cafe. Sebuah adaptasi Novel terlaris Ahadiat Akashah yang bakal difilemkan dan diarahkan oleh Pengarah Lagenda Budak Setan dan Penerbit Ombak Rindu juga merangkap kepada Bos saya Mr Sharad Sharan. Pilot Cafe yang menampilkan Neelofa dan Fahrin Ahmad dan juga ramai lagi pelakon terkenal yang lain.

So cukup lah setakat tu saya bagitahu daripada tak update langsung kan (^^,) Salam sayang buat semua.

Selasa, 19 Jun 2012

Catatan Rindu

Hai Semua Assalamualaikum. Maaf lah lama juga aku tak jenguk jenguk ruangan ini. Biasalah bila dah mula ada komitmen dalam diri. Bukan malas cuma masa yang mencemburui aku untuk berkata kata di ruangan ini. Ruangan yang memberi aku kotak besar untuk mencatat segala apa yang aku lalui di dunia ini. Alhamdulillah kita sudah pun melangkah ke bulan kegemaran aku iaitu June. Many good thing will happend in this June. Tapi banyak juga bad thing yang akan berlaku. Siapa tahu ? Kita hanya merancang dan tuhan sahaja yang akan tentukan...

Good things happened in May. Aku bersyukur kepada tuhan kerana kembali mekar indah kan hidup aku seperti dulu. Kalau dulu aku serind berduka entah kenapa aku juga tak faham. Sampai aku rasa marah pada takdir yang menjadikan aku seperti ini. Tapi aku masih punya keluarga rakan rakan yang masih memberi aku semangat yang panas di belakang. Sering kali aku terjatuh aku bangkit dan teruskan hidup walaupun diri ini masih tidak berpuas hati dengan takdir yang berlaku.

Hadirnya June dalam hidup aku kali ini akan membuat aku lebih yakin dengan Hidup, Kerjaya dan Keluarga. Mama Abah yang sentiasa ada disisi. Kadangkala aku hampir lupa mereka bila aku berada di samping rakan rakan yang hanya senang bersama malah lari bila kesusahan menimpa kita. Ada sesetengah rakan rakan ku yang sebegitu. Aku hanya mampu berdiam dan memerhatikan sikap mereka itu. Bila sudah membuat kepuusan yang muktamad aku pergi meninggalkan mereka.

Dan pada masa itu lah baru aku mula mengingatkan Abah dan Mama yang selalu membantu tidak kira mahupun susah atau senang. Aku faham dan aku cukup mengerti pengorbanan mereka sejak aku keluar dari Perut Mama ku lagi. Selagi mereka masih hidup di muka bumi ini aku janji aku akan membahagiakan mereka semampu yang aku boleh lakukan. Cukup disitu kisah ini. Kembali pada kerjaya aku, sekarang aku masih lagi rest. Rest bukan bermaksud aku hanya duduk rehat dirumah. tetapi berehat daripada penggambaran.

Aku akan memulakan penggambaran filem yang berjudul Pilot Cafe pada penghujung September ini. Jadi bermula June hingga awal September ini aku hanya melangkah masuk ke office 10 Pagi 5 Petang sahaja...

Ahad, 20 Mei 2012

Dear Bestfriend

We may only known each other a short while but you mean a world to me. I swear I will cherish our memories and moment together. You matter more than anyone else. No matter what happened I will always here for you. Although we are just kids and people say that friendship don't last. I promise that ours will no matter where you go and who you become I always here with you

You make me laugh and treat me better than i deserve, You taught me so much. I love everything about youu.. the way you look when you smile. We go for the movies together, having fun in the karaoke together, eating together, we shared everything, I do regret how strong your text and your face make me smile. You stay sweet and generous and funny and Strong and brave and do great things. You would become the person that i care most

If you need shoulder to cry im here, if you need a hand to hold, a laugh to hear, a hug to feel, a word to listen and anything i am here for you. Even you're not perfect but I am okay. I like that too. We laugh at the randoms thing together. You know my ugly side, even though we disagree sometimes, when i am sad you always be here to make me feel okay. thanks for being there for me. even you are far away from me now. I know that we still stare at the same moon. and the thing that i sure and always know.....

I'll see you soon then...Love you friend