Ahad, 19 Disember 2010

Petang Dan Malam Sabtu

:) Happy Readings

hey korang :) harini aku bangun tidur tepat jam 12 tengah hari . bingkas aku bangun dari katil melangkah terus ke kamar mandi . actually pada jam 1.00 tengah hari ini aku akan berada di Hentian Duta untuk menjemput nya pulang ke rumah . Syaza nama nya . So boyfriend syaza bagitahu aku yang dye akan sampai untuk ambil aku around 130 tengah hari .

tapii dekat jam 2 petang juga lah baru dye sampai . HAHA . aku tak kisah pun actually , yang penting aku dapat pergi ambil rakan ku itu disana . So dipendekkan cerita , kami sampai tepat jam 235 petang di Hentian Duta . Boyfriend syaza atau apun lebih gemar digelar apek ni call lah si syaza ni banyak kali tak jawab jaawab .

bila dah tak jawab tuh , kita yang dekat sini mula lah risau , mula lah pikir yang bukan bukan , dalam around 15 minit lah baru si syaza ni angkat call . TIDUR rupanya . Haih bus yang dari lumut tu dah sampai Kuala Lumpur dah tapi dye masih tidur lagi . Pelakk betui lah ! HAHA Memang kene marah lah dengan si apek ni cite dye kan . padan muka . HAHA

So lepas tu , kami bergerak meneruskan perjalanan untuk makan tengah hari , ye la bangun jam 12 terus mandi dengan belum lunch lagi . HAHA . So sebelum menuju ke destinasi untuk lunch , kami singgah di Petronas Kg Baru , Syaza ni nak ke toilet katanya , and kebetulan pula aku juga hendak ke CiMb ATM . So kami keluar lah menuju ke tempat masing masing

Dalam 10 minit selepas itu baru lah kami bergerak ke Medan Selera Semarak untuk menikmati makanan tengah hari . Dengan membedal Nasi plus Ayam Goreng dan Kuah masak Assam Pedas memang kenyang lah cerita die kan . HAHA . So sesudah saja makan , kami terus bergerak pulang ke rumah syaza .

Aku membuat keputusan untuk lepak di rumah syaza dulu . Saja nak online dekat rumah die . Dipendekkan cerita aku lepak dekat rumah dye hingga jam 8 malam . So tanpa berlengah aku pun bergegas untuk pulang ke rumah aku bersama apek . Tiba saja dirumah , aku terus mandi dan bersiap siap untuk ke rumah syaza semula .

Agak bosan dekat rumah aku sebab tiada sesiapa lagi kerana cuti masih lagi belum tamat . Jadi aku pun lepak lah dekat rumah syaza . Dalam jam 9 30 Minit malam , aku mengajak syaza untuk makan malam . Lapar gile actually . So kitorang decide untuk makan malam di Kedai makan yang terletak berhampiran dengan Pangsapuri yang aku tinggal .

Selesai saja makan , kami bergerak ke 7eleven kerana aku teringin nak makan sneakers dan syaza pula nak beli keropok katanya . Sampai saja di 7eleven tersebut , apabila syaza turun saja dari motor , tanpa disedari kaki nya terkena pada ekzos motor di sebelah motor aku . Haihh macam mane boleh terkena aku pun tak tahu .

Mungkin motor aku terlalu dekat dengan motor di sebelah tersebut . Habis lah kaki syaza merah . So kami pun bergegas untuk pulang kerumah sebelum kaki nya melarat melecet nya itu . Sampai saja di rumah , aku menyuruh syaza untuk meletak ubat gigi @ colgate di tempat yang melecet tersebut . Agak kelakar lah jugak . HAHA . Selepas itu aku ambil masa untuk berbual bual dengan nya . Dan tepat jam 11 malam aku terus bingkas bangun untuk ke tempat kerja .

Rabu, 15 Disember 2010

Mata Ku Koyak Rabak


KERJA TAK INGAT DUNIA ~

Petang kerja , malam kerja , sampai tak ingat dunia . HAHA tak lame lagi hancuss lah kau Zul :) tapi nak duit punye pasal kan , kene la berkorban sikit .
2 hari yang lepas aku kerja non stop sampai mata dah naik bengkak bengkak , koyak habis semua HAHA .

Lagi pun dah lama bercuti kan , so aku rasa better kerja dari tak buat ape dekat rumah tu . Nanti ade duit aku jugak yang senang :) macam macam boleh beli . HAHA . Petang ni kerja masuk jam 4 petang until 12 malam . then overtime dari 12 malam until 8 pagi . HAHA Memang bestt !

So that mean hari ni satu hari lah aku tercangak mengadap pc dekat cyber ni . Ape pun x kisah lah . semalam boss bagitau nak naik gaji . Makin bersemangat lah cerita die kan . heee :) Tapi kene la ingat jugak kerja kerja jugak . kesihatan aku kena jugak ambil tahu . HAHA .

So far aku sihat alhamdulillah :)


Selasa, 14 Disember 2010

Kisah Pelacur Dan Seekor Anjing

Hey peepss . i've got a story from my friend and i would like to share it with you :) well happy readings

Dari Abu hurairah r.a katanya rasulullah saw . Pernah bercerita “Pada suatu ketika ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan , lalu dia merasa sangat kehausan . Kebetulan dia turun ke sumur itu untuk minum . Setelah keluar dari sumur , dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan . Orang itu berkata dalam hatinya , Alangkah hausnya anjing itu , seperti yang baru ku alami” lalu dia turun kembali ke sumur , dicedoknya air dengan sepatunya , dibawanya ke atas dan diberi minumkannya kepada anjing itu .

Maka Allah berterima kasih kepada lelaki itu (diterimaNya amalnya) , dan diampuniNya dosanya” Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah saw . Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan ini ?” Jawab rasulullah saw “Menyayangi setiap makhluk hidup(tumbuhan dan haiwan) berpahala (ada pahalanya),” Hadis Sahih Muslim jilid 4 no hadis 2099Dari Abu Hurairah r.a katanya “Rasulullah saw. Bercerita “Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur . Anjing itu hampir mati kehausan .

Tiba-tiba dia terlihat oleh seorang wanita pelacur bangsa bani Israil . Maka dibukanya sepatu botnya , kemudian dicedoknya air dengan sepatunya , lalu diberinya minum anjing yang hampir mati itu . maka Allah swt mengampuni
segala dosa wanita itu (dengan asbab amalnya beri minum anjing itu .

Renung renung kan dan Selamat Beramal :)

Manusia Yang Lemah



Kali terakhir blog ini aku update ialah pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas . Lame juga aku tak update blog ni . Story pada kali ini adalah mencari keimanan . Setelah sekian lama hidup di dunia ini , aku sedar banyak perkara perkara yang telah aku lakukan dalam hidup aku ini . Sering bersuka ria , bersosial , dan bermacam macam lah perkara yang telah aku lakukan . Kadag kala kita sering lupa kepada Nya . Kadang kala apabila ditimpa musibah baru lah kita ingat kepada Nya.

Mengapa tidak kita sering kali mengingatinya . Mama sering berpesan agar aku tidak meninggal kan solat . hanya 10minit saja kita bersolat . Kadang kala dalam hati ku ini ingin benar untuk melakukan semua itu . Tetapi dalam masa yang sama aku tidak dapat melaksanakan perkara tersebut . Mungkin disebabkan pergaulan dengan rakan sebaya atau godaan syaitan .

Dah lama aku tidak membuka al Quran , dah lama aku tidak mendirikan solat 5 waktu bah kan juga solat jumaat . Sesekali aku menanti bila pintu hati ku ini dibuka dan diberikan hidayah agar aku kembali ke jalan yang diredhai Nya ~

Khamis, 9 September 2010

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin


Yeaay !!!!! dah nak raye laaa weii ! HAHA ~ pada 10hb September 2010 . seluruh umat islam di pelusuk dunia menyambut Perayaan Hari Raya Aidilfitri ~ yippii x sabar nye ! esok je tinggal !
So di kesempatan ini jugak laaah aku nak ucapkan Salam Aidilfitri buat :

  • Mama and Abah yang ade kat kampung
  • Semua sahaabat sahabat member terdekat
  • Saudara Mara yang ade kat kampung tu semua
  • Opah yang ade kt kampung . rindu opah sangatsangat
  • Hehe semua semua laaah ! Susah nak cakap !!

So persiapan raya tahun ni macam biase jea . beli baju melayu baru . segalanya baruu .
hehee . al maklum laaa raya kan . setahun sekali jea ! heehe , so x salah laaa nak bergaya kan .
Tahun ni beraya di melaka jea laa ~ x balik kampung Taiping pon . hehe :)

Agak buhsan la jugak x dapat raye ngan cousin cousin hottt kat kampung tu . haishh xpe laa raye next year dapat balik kampung !!

Okay korang SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN . 0-0 LAH YEA !! yippii !!

Salams ~!!





Isnin, 6 September 2010

Midnight Movie And Mc'd






Yeaahh movie ni la yang paling aku nanti nanti kan pada abad ini Piranha 3D .
hahaa ! Awal awal aku dah plan dengan besttie aku Intan nak tengok cite ni .
Ahad petang 5th Sept 2010 aku keluar ke pavilion kl untuk pergi mengambil tiket yang sudah ciap di booking . thanks to GSC Pavilion :)

Movie ini kami tonton pada 11.30 malam . Haha memnag besstt laa . menjeri jerit la kat dalam hall tuh . Aku datang ke rumah intan tepat jam 11.15 mlm . haha actually kitorang terlambat sikit time tuh . So dan dan la kami bergegas ke pavilion .

Nasib baik movie baru start ckit jea . kalo dh setengah jam mmg aku beli tiket lagi satuu ! Piranha punye pasal kan ! haha :) Kat dalam hall tu mmg full haus laa weii ! kitorang masuk jea mmg seat kitorang jea la yang tinggal .

Punya ramai gile yang datang nak tengok movie nie ! Time kat dalam tuh jgn cakap laa . aku sampai terangkat angkat kaki kat dalam tu . haha Intan lagi laa . sampai tutup muke ngan kotak popcorn ! wuuaahaaha !

Movie tersebut habis dalam jam 1:15 Pagi . Memang puashati laa tengok movie tu . rase macam nak tengok lagi jea . haha !

Keluar jea dari Pavilion , perut mmg lapar laaa . so aku decide untuk ke Mc'd Bukit Bintang ~ alang alang bersahur jea la terus . Haha sahur awal awal mmg x laaa

Salams !

Jumaat, 3 September 2010

Welcome September !! Bye Bye August


Yeehooo ! Halo halo September ! Erhh tata August . see u next year darling !

Perkara Perkara yang akan berlaku pada bulan ini mengikut planning aku ::

  • Ziarah kubur arwah Kak Nina tersayang
  • My bestt brotha birthday lols 13th
  • Romp Jeans . Huuuu cant wait lols
  • Hari Raya AidilFitrii . Yeehoooo bergembira laaa
  • Semester break ~! Restt
  • Kasut baruuu ~ masih fikir nak ke x nak ! HAHA

So aku harap perkara ni semua akan menjadi seperti yang dirancang !

salam ~