Isnin, 13 Jun 2011

Sahabat

Agak lama aku tak tulis dalam blog ni . Saja aku mencari corak yang lebih menarik lagi untuk dipaparkan dalam blog ini . Entry kali ini bercorakkan sahabat . maaf lah jika ada typing error (^^,)

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa…..
Kecuali diri sendiri tetapi dalam kita bersendirian , kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita .
Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran Seorang sahabat, begitulah juga dia .

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu . Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita .Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya .Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya .Bagi kita , itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri .

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati .

Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita . Waktu itu , terfikirkah kita perasaannya..? Seperti kita , dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa . Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami . Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya . Dia mendengar luahan perasaan kita , segala rasa kecewa dan ketakutan .

Harapan dan impian juga kita luahkan . Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah . Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita .

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya , rasa takutnya ? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita . Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya ? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah ? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai , kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah , agar tidak rebah ? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan ?

Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang hanya bercerita…..Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabatKerana dia juga seorang manusiaDia juga ada rasa takut , ada rasa bimbang , sedih dan kecewa .

Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..

Sebagai kekuatan…..Jadilah kita sahabatnya itu .Kita selalu melihat dia ketawa , tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan . Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan…..Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..Kita tidak tahu .

Tetapi….. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya , mungkin kita akan tahu…..

Kalau itu keputusannya , aku hanya mampu berdiam dan terima


HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA…..

Isnin, 6 Jun 2011

Third tRip to Taiping Perak



Lama jugak ya aku x update blog . Sorry la agak busy sikit sejak dua menjak ni . tambah tambah semester akhir ni macam macam perkara yang perlu aku selesaikan . So entry kali ini menceritakan tentang aku , gary , ejoy , mirul , que , and daus yang ke Taiping Perak sempena wedding abang jambu pada 5th June 2011 .

Jumaat 3th June 2011

Kami bertolak dari Kuala Lumpur tepat jam 12 malam pada jumaat malam . Dengan 2 buah kereta yang di sponsor oleh Gary dan Firdaus kami bergerak dengan lancar pada malam tu . Aku dan ejoy bersama Gary , manakala mirul dan que bersama Firdaus . Malam perjalanan kami ke Taiping tu , kereta agak banyak jugak tapi tak lah sampai jam . Just bergerak slow and steady .

Dipendekkan cerita kami tiba di Taiping Perak tepat jam 4 Pagi . Di perak kami menginap di rumah tok wan aku iaitu di Kg Potong Pinang Pokok Assam . Yeah memandangkan Opah aku pun tinggal sorang since tok wan aku meninggal dunia . so aku bercadang dari Kuala Lumpur untuk menetap di sana 3hari 2malam . Kebetulan pula opah aku nak ke Kuala Lumpur pada sabtu 4th June itu . Jadi kunci diserahkan kepada aku .

Sampai je rumah tokwan , kami terus makan . haha opah dah masak siap siap sebenarnya . so aku bgtau member member ni tak payah lah berhenti makan . kita minum je . Opah masak Gulai Kari Ayam . Fuhhhh terbaik doee...layannn . So lepas makan kami relax relax then terus tidur .

Sabtu 4th June 2011

Pagi itu jam 10 pagi . Opah dah gerak aku bangun tidur . pasal dia dah nak bertolak ke Kuala Lumpur with Mak Ngah and 2 anak gadis nya Aisyah dan Najihah . So aku pun dalam keadaan mengantuk tu nak tak nak kena lah jugak bangun . So bangun je aku terus cuci muka then salam salam dengan mak ngah semua . Opah siap bagi duit belanja lagi kat aku . HAHA buat susah susah jee

So lepas opah dah bertolak aku terus baring baring . nak sambung tidur memang dah tak boleh . So terus gerak diorang ni semua yang dah terbongkang . Opah aku dah siapkan Bihun + Tea o and Nescafe panass lagi . HAHA then kitorang bangun dan terus mandi bersiap siap untuk breakfast . Tengah hari itu kami akan ke kenduri rumah belah perempuan dekat Taman Tupai Mas Taiping Perak . Dipendekkan cerita lepas makan makan semua . Kami bergambar dengan Pengantin !

And lepas tu , kitorang bercadang nak ke Taiping Sentral nak lihat apa benda yang menarik di sana . Sampai sampai je dekat ground floor tu ada shocase untuk TM . then ade lah booth booth yang menarik tentang TM . Kebetulan pulak ade booth untuk Multimedia College Taiping . So aku dan yang lain pergi lah dekat booth tu . Kitorang pun terus lah bagitau yang kitorang ni Multimedia College Taiping . Ade ke student tu boleh tak percaya . HAHA siap bgtau kami ni DMG pun diorang boleh tak percaya lagi . Nah amik si Firdaus keluarkan kad matrik dye ! HAHA time tu baru nak percaya .

Hahahaha ape pun tak boleh . Lepas je tgk tgk booth tu kami terus naik atas nak pergi main game . Gary , Firdaus , and Mirul p layan snooker . Aku dengan ejoy busy layan Game kat situ . HAHA . Main punya main leka sampai dah ber jam jam kat atas . Then turun bawah balik . nampak balik kat booth TM tu ade game ps3 . Si gary ni dengan Firdaus boleh layan game football dekat sejam lebih kat situ . HAHA sementara kami ni menunggu diorang , kami lepak mcd dekat Taiping sentral tu dulu . Dah la kami ni lepak kat luar . nak hisap rokok pun tak boleh ?! kat luar kot bukan kat dalam . Haishh ape pun tak boleh

So balik pada Taiping sentral . Pusing pusing dekat Taman Tasik Taiping . Saje lah dok jalan jalan tengok tengok orang . HAHA sampai lah ke malam . then terus balik ke rumah opah . Kat rumah opah kami makan semua siap siap . relax relax tengok tv . dalam jam 9 lepas isyak tu kami bergerak ke rumah Jambu yang terletak di Taman Lela Kamunting Perak . Sampai rumah jambu je kami makan lagi . dekat Taiping ni asyik makan makan makan . dalam kereta makan . HAHA . Lepak lepak kat rumah jambu sampai jam 2 pagi .

Lepas tu kami terus bergerak balik ke rumah opah . Tiba di rumah opah , diorang ni mengadu lapar pulak . Haaaa makan lagi . haha so aku pun masak la Mee Sedap yang kami beli kat 7eleven berdekatan rumah opah tu . Lepas makan semua dok terbongkang je dah macam paus ! Haisshh

Ahad 5th June 2011

Damn ! jambu dah pesan datang rumah die seawal 10 - 12 tengah hari . Malangnye kami bangkit tidur semua jam 1 tengah hari . HAHA memang tak lah kami nak bersiap siap kelam kabut kan . dengan yang terhegeh hegeh nak mandi lagi . haha . so last last 330 baru kami nak gerak . dipendekkan cerita kami sampai jam 4 petang . Makan makan semua siap . then tolong tolong susun meja je . Basuh basuh pinggan tu tak lah pasal dah ramai family sepupu sepapat dye dok basuh .

So jam 530 tu lah baru kami gerak ke Kuala Lumpur . time nak balik tu jangan cakap lah . Jalan jam bagai nak gila start daripada Sg Perak tu . Sampai ke Ulu bernam . Memang kami gerak slow je . Gary dah bengang gila babi sampai habis semua dimaki maki . HAHA . finally kami tiba di Kuala Lumpur jam 12 malam . But the journey was perfect with them . sooo tired but happy :) Thanks to Gary and Firdaus for the transportation and Opah for the places :)

SELAMAT PENGANTIN BARU TO ABANG AUS DAN KAK EKIN !!!

Selasa, 24 Mei 2011

I Love Johny Deep . Haha


Pagi ni aku bangun jam 930pagi . Terus bersiap siap nak pergi college , ade taklimat untuk praktikal . aku dah la tidur pukul 7 pagi , then nak kene bangun jam 9 pulak . aduhh memang tak larat la mata ni nak terbeliak . So aku tiba di college jam 9 lebih , terserempak dengan mimie dan aqina so terus pergi cafe . rase lapar pulak pagi pagi ni . lepak la makan kuih sikit .

Tiba tiba ade informer bagitau takda taklimat pun harini , damn ! sape lah yang silap dengar ni . memandangkan taklimat batal , so aku terus lah ke class cyber jam 1030am . Actually harini ade presentation untuk prototype . So aku , faidiel and yang lain pergi ambil model prototype itu kat rumah aku . model yang kami cipta ni adalah sebuah kerusi yang boleh gantung banyak beg . HAHA inovasi tak ciptaan kami ? HAHA

So dipendekkan cerita class tamat jam 1230pm . faidiel ajak meeting dekat cafe . Jadi aku terus bergerak ke cafe dengan yang lain . Meeting punya meeting sampai lah jam 2 petang . 430 petang tu ade sport pulak . Dengan hujan nye petang tu , nak main ape pun dah tak tauu . so aku jadi tukang simpan barang barang budak2 ni je la . haha .

Sebelah malam pulak , lepak makan dengan aisar , yaya and faidiel dekat kedai makan 1 malaysia bawah murni tu . Then decide nak pergi tengok Pirate of the Caribbean ! So collect lah duit sorang rm14 then aku pergi pavilion untuk beli tiket . memandangkan pavilion itu pun tidak lah jauh dari rumah aku . so aku dengan track suit and baju sport petang tadi terus pergi pavilion . HAHA peduli ape orang nak kata .

Alhamdulillah midnight show masih ada 4 lagi seat yang kosong . rezeki kami malam itu . thanks to GSC Pavilion KL . dipendekkan cerita tepat jam 12 kami berempat bergerak ke pavilion . tiba di pavi terus ke kaunter consession seperti biasa untuk beli popcorn . Hall 2 dijadikan untuk menonton movie ini . Boleh tahan lah gempak jugak cerita dye . Johny Deep pulak kan . Kat dalam tu memang full haus habis ! Nasib baik lah kami ni dah beli tiket siap siap .

So movie tamat jam 330pagi . Lepak hisap rokok kejap , then decide nak balik lah pasal memang dah mengantuk tahap cipan dah ni . tiba dirumah aku basuh kaki then on lappy dan update blog . sementara tunggu nak tido.....................Goodnight !

Ahad, 22 Mei 2011

7 Lagu


Malam ni aku balik kerja jam 7malam . Lepak kat rumah mandi mandi , basuh baju semua then seperti biasa aku online facebook and twitter . Online punya online sampai lah jam 10 malam . then aku IM Chat dengan aqina , dye ajak makan dekat kedai biasa kami makan kat bawah pangsamurni ini . So aku , aqina and mimie turun bawah . Bob pun dah ade kat bawah tengah makan . So kitorang terus join sekali .

Santapan aku untuk malam itu Nasi Putih ayam kunyit berserta telur bungkus dan Jus Epal . Sambil layan konsert minggu ke 7 akademi fantasia . Dalam pada itu ada lah iklan satu telemovie kat astro ni . Macam menarik je cerita tu . So kami decide nak tengok telemovie itu selepas akademi fantasia habis . Dipendekkan cerita tepat jam 11 malam telemovie tu start . kami berempat terus tukar posisi kedudukan and duduk kat depan tv . HAHA dah macam kat panggung wayang pulak

Telemovie arahan Khabir Batia 7 LAGU yang menampilkan pelakon hebat Farid Kamil , Tiz Zaqyah , dan Emilda Rosmila . Telemovie mengisahkan Farhan ( Farid Kamil ) yang berada di dalam penjara atas tuduhan membunuh Kekasihnya Tania ( Tiz Zaqyah ) berserta Peguam bela Farhan , Sabrina ( Emilda Rosmila ) . Cerita ni memang agak berbelit sikit pasal banyak flash back . Khabir Batia kan faham faham je la . HAHA

Tapi memang gempak lah telemovie tu , banyak tanda tanya pada awal permulaan cerita . mula mula macam boring sikit , pada pertengahan cerita dah start seronok telemovie tu . Dengan kami yang gelak gelak kat kedai makan tu . dengan kucing pun boleh pakai tudung jadi superman . HAHA . So telemovie tamat jam 1245am . Aku decide nak naik atas dulu pasal dah tak larat :) Sejuk gile malam ni . ye lah dari petang hujan kan :) So naik atas on lappy terus update blog kali ini !

Sabtu, 21 Mei 2011

Nur Kasih The Movie


Hey peeps :) Selamat Membaca .

entry kali ini menceritakan aku dan faidiel and gf nya yang pergi menonton Nur Kasih The Movie . Filem arahan Khabir Bhatia ini menampilkan pelakon hebat Remy Ishak , Tiz zaqyah , serta Fizz fairuz . Actually malam tu aku kerja jam 8malam-1pagi . Tapi aku terpaksa mintak permission dari boss nak balik awal . Pasal faidiel dah beli tiket ni jam 135pagi . Kalau aku balik jam 1pagi memang tak sempat la dengan nak closing lagi .

thanks to Golden Screen Cinemas Pavilion Kuala Lumpur . haha walaupun tak dapat nak booking , dapat jugak beli tiket and seat yang agak selesa bagi kami . Nasib baik faidiel pergi beli dulu tadi . So aku tiba di Pavilion jam 1 pagi . Terus jumpa faidiel and yaya . Then kami terus pergi beli popcorn seperti biasa . And masuk ke dalam hall 13 . Orang memang ramai gile time tuu .

Dipendekkan cerita movie tamat jam 330pagi . So kami decide nak balik lah . memandangkan aku yang esok ni kerja jam 11 Pagi . dan yaya pulak dah demam time tu . by the way that movie was good . Cuma ade sedikit kekeliruan kat situ . ape ape pun credit to Abang khabir !! So aku tiba di rumah jam 4pagi . Terus masukkan baju dalam washer machine . Mandi and tidur..............

p/s : Next thursday Karak & Pirates or the carribean ! HAHA see you !

Ahad, 15 Mei 2011

Sandra Birthday party @ Heritage Live Club KL

Entry kali ini menceritakan pasal aku yang pergi celebrate birthday party Princess Sandra :) Happy Readings :)

Malam 14th May tepat jam 11 malam aku bersiap siap untuk ke Birthday Party Sandra yang mana terletak di Heritage Live Club . Actually club ni baru je naik , sebelum ni nama dye Loft Club . Aku yang dapat guest list dari Sandra @Nurul Alwiesandra ini bawa 3 member aku yang lain untuk sama sama party kaw kaw malam tu .

So kami masuk dalam tu tepat jam 1145 malam . Time tu sandra belum tiba lagi . Biasalah birthday girl kan , so dye biar semua member member dye datang dulu . Bf dye pun dah sampai dulu dari dye :) Masuk je dalam , semua jenis minuman dah tersedia . Aku ingat kan minuman malam tu sendiri sendiri punye . rupe nya semua nya dah bayar .

Dalam jam 12 lebih tu baru lah Sandra tiba . Boleh tahan jugak lah gempak birthday dye malam ni . Dye pulak memang cun howt lagi . Ramai la yang nak bergambar dengan dye :) Bila dye dah sampai terus party kaw kaw sampai pukul 3 lebih . then kitorang decide nak balik lah . Pasal aku nak jumpe member aku pulak . So aku dengan member aku balik jam 3 lebih . On the way balik aku singgah dekat Pelita KLCC ,lepak makan dengan Faidiel :) Aku dah mcm mengantuk sikit time tu . So on the way balik rumah dye follow aku sampai rumah . then dye pun balik rumah dye :)

p/s : that party was sooo AMAZING AWESOME ! thanks Sandra :)


Sabtu, 14 Mei 2011

Lu Langsi Lu Mati


HAHA ! Entry kali ini nak story pasal Sebuah filem arahan Farid Kamil . KONGSI dengan tagline Lu Langsi Lu Mati . Selamat membaca............

Pagi ni aku bangun seawal jam 10 pagi . terus msg faidiel gerak dia dari tidur untuk ke class . Actually class harini tepat jam 1030 pagi . So aku bingkas bangun dan terus mandi and bersiap siap untuk ke class . Malang nya faidiel x dapat datang . And class Puan Siti Zarah harini pun hanya 12 13 orang je yang attend :) memang bestt . HAHA

Dalam class tu kami sembang pasal isu lecturer kuat touching dengan Puan Siti . And puan Siti terus mengajar seperti biasa . Dipendekkan cerita class tamat jam 1230 tengah hari . So after class aku decide nak ke Pavilion KL untuk beli tiket filem Kongsi ini . Aku seramai 4 patrons iaitu Faidiel , Yaya , and Gary masuk ke dalam hall tepat jam 330 petang . thanks to Golden Screen Cinemas .

Cerita dye agak pelik sikit , macam xde jalan cerita , x berape nak gempak , and boleh dikatakan biasa biasa aje . But still credit to Farid Kamil untuk movie dye ni . So movie tamat jam 5 petang . Lepas habis movie , Gary decide nak balik rumah , dye ngantuk gile . Pukul 7 dah nak masuk kerja . So aku pun decide nak balik jugak , and aku balik sekali dengan Gary .

Sampai je rumah , terus aku bersiap siap untuk ke Noodle Station .tiba di Noodle station jam 630 petang . terus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi :)