Isnin, 13 Jun 2011

Sahabat

Agak lama aku tak tulis dalam blog ni . Saja aku mencari corak yang lebih menarik lagi untuk dipaparkan dalam blog ini . Entry kali ini bercorakkan sahabat . maaf lah jika ada typing error (^^,)

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa…..
Kecuali diri sendiri tetapi dalam kita bersendirian , kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita .
Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran Seorang sahabat, begitulah juga dia .

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu . Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita .Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya .Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya .Bagi kita , itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri .

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati .

Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita . Waktu itu , terfikirkah kita perasaannya..? Seperti kita , dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa . Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami . Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya . Dia mendengar luahan perasaan kita , segala rasa kecewa dan ketakutan .

Harapan dan impian juga kita luahkan . Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah . Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita .

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya , rasa takutnya ? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita . Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya ? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah ? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai , kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah , agar tidak rebah ? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan ?

Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang hanya bercerita…..Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabatKerana dia juga seorang manusiaDia juga ada rasa takut , ada rasa bimbang , sedih dan kecewa .

Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..

Sebagai kekuatan…..Jadilah kita sahabatnya itu .Kita selalu melihat dia ketawa , tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan . Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan…..Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..Kita tidak tahu .

Tetapi….. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya , mungkin kita akan tahu…..

Kalau itu keputusannya , aku hanya mampu berdiam dan terima


HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA…..

Isnin, 6 Jun 2011

Third tRip to Taiping Perak



Lama jugak ya aku x update blog . Sorry la agak busy sikit sejak dua menjak ni . tambah tambah semester akhir ni macam macam perkara yang perlu aku selesaikan . So entry kali ini menceritakan tentang aku , gary , ejoy , mirul , que , and daus yang ke Taiping Perak sempena wedding abang jambu pada 5th June 2011 .

Jumaat 3th June 2011

Kami bertolak dari Kuala Lumpur tepat jam 12 malam pada jumaat malam . Dengan 2 buah kereta yang di sponsor oleh Gary dan Firdaus kami bergerak dengan lancar pada malam tu . Aku dan ejoy bersama Gary , manakala mirul dan que bersama Firdaus . Malam perjalanan kami ke Taiping tu , kereta agak banyak jugak tapi tak lah sampai jam . Just bergerak slow and steady .

Dipendekkan cerita kami tiba di Taiping Perak tepat jam 4 Pagi . Di perak kami menginap di rumah tok wan aku iaitu di Kg Potong Pinang Pokok Assam . Yeah memandangkan Opah aku pun tinggal sorang since tok wan aku meninggal dunia . so aku bercadang dari Kuala Lumpur untuk menetap di sana 3hari 2malam . Kebetulan pula opah aku nak ke Kuala Lumpur pada sabtu 4th June itu . Jadi kunci diserahkan kepada aku .

Sampai je rumah tokwan , kami terus makan . haha opah dah masak siap siap sebenarnya . so aku bgtau member member ni tak payah lah berhenti makan . kita minum je . Opah masak Gulai Kari Ayam . Fuhhhh terbaik doee...layannn . So lepas makan kami relax relax then terus tidur .

Sabtu 4th June 2011

Pagi itu jam 10 pagi . Opah dah gerak aku bangun tidur . pasal dia dah nak bertolak ke Kuala Lumpur with Mak Ngah and 2 anak gadis nya Aisyah dan Najihah . So aku pun dalam keadaan mengantuk tu nak tak nak kena lah jugak bangun . So bangun je aku terus cuci muka then salam salam dengan mak ngah semua . Opah siap bagi duit belanja lagi kat aku . HAHA buat susah susah jee

So lepas opah dah bertolak aku terus baring baring . nak sambung tidur memang dah tak boleh . So terus gerak diorang ni semua yang dah terbongkang . Opah aku dah siapkan Bihun + Tea o and Nescafe panass lagi . HAHA then kitorang bangun dan terus mandi bersiap siap untuk breakfast . Tengah hari itu kami akan ke kenduri rumah belah perempuan dekat Taman Tupai Mas Taiping Perak . Dipendekkan cerita lepas makan makan semua . Kami bergambar dengan Pengantin !

And lepas tu , kitorang bercadang nak ke Taiping Sentral nak lihat apa benda yang menarik di sana . Sampai sampai je dekat ground floor tu ada shocase untuk TM . then ade lah booth booth yang menarik tentang TM . Kebetulan pulak ade booth untuk Multimedia College Taiping . So aku dan yang lain pergi lah dekat booth tu . Kitorang pun terus lah bagitau yang kitorang ni Multimedia College Taiping . Ade ke student tu boleh tak percaya . HAHA siap bgtau kami ni DMG pun diorang boleh tak percaya lagi . Nah amik si Firdaus keluarkan kad matrik dye ! HAHA time tu baru nak percaya .

Hahahaha ape pun tak boleh . Lepas je tgk tgk booth tu kami terus naik atas nak pergi main game . Gary , Firdaus , and Mirul p layan snooker . Aku dengan ejoy busy layan Game kat situ . HAHA . Main punya main leka sampai dah ber jam jam kat atas . Then turun bawah balik . nampak balik kat booth TM tu ade game ps3 . Si gary ni dengan Firdaus boleh layan game football dekat sejam lebih kat situ . HAHA sementara kami ni menunggu diorang , kami lepak mcd dekat Taiping sentral tu dulu . Dah la kami ni lepak kat luar . nak hisap rokok pun tak boleh ?! kat luar kot bukan kat dalam . Haishh ape pun tak boleh

So balik pada Taiping sentral . Pusing pusing dekat Taman Tasik Taiping . Saje lah dok jalan jalan tengok tengok orang . HAHA sampai lah ke malam . then terus balik ke rumah opah . Kat rumah opah kami makan semua siap siap . relax relax tengok tv . dalam jam 9 lepas isyak tu kami bergerak ke rumah Jambu yang terletak di Taman Lela Kamunting Perak . Sampai rumah jambu je kami makan lagi . dekat Taiping ni asyik makan makan makan . dalam kereta makan . HAHA . Lepak lepak kat rumah jambu sampai jam 2 pagi .

Lepas tu kami terus bergerak balik ke rumah opah . Tiba di rumah opah , diorang ni mengadu lapar pulak . Haaaa makan lagi . haha so aku pun masak la Mee Sedap yang kami beli kat 7eleven berdekatan rumah opah tu . Lepas makan semua dok terbongkang je dah macam paus ! Haisshh

Ahad 5th June 2011

Damn ! jambu dah pesan datang rumah die seawal 10 - 12 tengah hari . Malangnye kami bangkit tidur semua jam 1 tengah hari . HAHA memang tak lah kami nak bersiap siap kelam kabut kan . dengan yang terhegeh hegeh nak mandi lagi . haha . so last last 330 baru kami nak gerak . dipendekkan cerita kami sampai jam 4 petang . Makan makan semua siap . then tolong tolong susun meja je . Basuh basuh pinggan tu tak lah pasal dah ramai family sepupu sepapat dye dok basuh .

So jam 530 tu lah baru kami gerak ke Kuala Lumpur . time nak balik tu jangan cakap lah . Jalan jam bagai nak gila start daripada Sg Perak tu . Sampai ke Ulu bernam . Memang kami gerak slow je . Gary dah bengang gila babi sampai habis semua dimaki maki . HAHA . finally kami tiba di Kuala Lumpur jam 12 malam . But the journey was perfect with them . sooo tired but happy :) Thanks to Gary and Firdaus for the transportation and Opah for the places :)

SELAMAT PENGANTIN BARU TO ABANG AUS DAN KAK EKIN !!!