Selasa, 28 Februari 2012

Aku Dah Teruja

" tengah malam nanti tolong jangan lupa . Jangan mungkir janji aku dah teruja "

Hahahaha 2 hari ni aku jadi lost. aku jadi cepat bosan. semua benda nak buat x ada mood, aku pun tak tahu kenapa ?? Hari hari aku yang sebelum ni indah tapi kian mendung bermula 14 februari yang lepas. Dapat gaji pun macam tak dapat je. Habis bayar itu bayar ini. Aku lari dari kenyataan dan mulakan kisah dongeng. Haha macam pelik je. Aku bingung aku keliru. Masih ingat lagi kata kata arwah rakan baikku "kalau kita ada sayap kan best. boleh terbang tinggi tinggi. kalau boleh setinggi yang boleh"

Kan best kalau dapat terbang tinggi tinggi. tak payah patah balik dah terbang je sampai bila bila. tak siapa peduli tak siapa ambil tahu. aku tempuh apa saja. tak kira lah kemana nak mengembara yang penting tak ada gangguan.

Umur ni pun makin lama makin meningkat. daripada zaman bujang sampai ke alam perkhawinan hingga lah alam tua. Bila masa muda macam ni lah macam macam yang nak difikirkan, teruja bila dapat kerja, teruja bila dapat duit, teruja dapat perempuan, semua benda nak teruja. Orang kata sombong, berlagak, lupa diri, tapi daripada apa yang orang kata tu buat kita rasa muhasabah diri walaupun tak macam tu.

Marah, sakit hati, benci yang dulu dah lama aku campak jauh jauh. Rasa nya dah sampai ke Bukit Lagong Kampung Orang Asli tu kot. Kadang kadang terfikir jugak kalau ada dosa dengan manusia ni kita minta maaf dengan dia. Aku anggukkan kepala dan berfikir, aku rasa apa yang aku buat selama ni tak lah salah. Salah faham je lah. Cuma sekarang ni jadi kurang gemar nak berbicara, nak gelak gelak semua itu dah kurang dalam hidup aku.

Banyak lagi benda yang kita nak buat kat dalam dunia ni. ada semangat terus teruja, rasa nak buat !! tak sabar nak buat !! bila nak buat !! kan ? bila semangat tu dah ada macam macam yang kita nak buat ! semua benda mesti kena ada semangat. tapi kalau aku pun lost seminggu dua ni macam mana nak buat ??

p/s : lari dari kewajipan..ponteng dari tanggungjawab


Ahad, 26 Februari 2012

Namun diriku masih terhenti disini..

Hai Assalamualaikum the Bloggers #

Dekat 10 hari aku tak intai intai tulis tulis kat ruangan ini. takk tau kenapa ? mungkin tak ada apa yang perlu ditulis kot. Hmm pejam celik dah 2 bulan lebih dia pergi tinggalkan aku. Dia dengar semua cakap orang lalu dia hina aku dan pergi tinggalkan aku. Yeah dulu memang aku ada buat dia sakit hati. Biar dia benci dengan aku so aku boleh pergi tinggalkan dia buat selama lamanya. Namun perkara tu jadi lain. Lain gila..Aku tak tahu lah ! tak tahu tak tahu ! Seminggu ni aku lost ! Aku jadi bingung !

Aku menghilangkan diri. dia mencari aku bagai nak gila. lepas tu esok pagi bila dia jumpa aku je. dia akan senyum, tapi aku sendiri rasa kesilapan besar aku tu memang tak layak untuk terima senyuman dia itu. Hmm entah la aku pun bingung..Sebaliknya bila dia ada buat silap aku rasa macam nak marah tapi aku takut dia terasa. Aku rasa nak tarik muka dengan dia tapi dalam masa yang sama rasa macam nak pandang muka dia. haa macam mana tu ?

Kadang rasa macam nak ketawa. Bila nak marah rasa nak ketawa. Bila nak lepaskan kemarahan takut dia terasa. Aku nak maafkan dia sebab aku sayangkan dia. Tapi last last bila dia dah betul2 dengar dari mulut orang yang salah dan dia percaya. aku mula menyesal dengan dia selama ini . sia sia lah aku buat semua ni untuk dia. Kali ini call message webcam semua tu memang dah takkan berlaku lagi . dia pun dah tukar number..dia pergi tinggalkan aku. namun aku masih lagi terhenti disini...biarlah

Rabu, 15 Februari 2012

Akhirnya Persahabatan itu Putus

" Apahal kau nak cakap AKU KAU dengan aku ?? "
" Industri ni kecil je lah Zul...Bila bila masa pun kau akan Jumpa Juga Aku "

Hai semua...agak agak dah masuk 2 minggu kot aku tak menaip kat ruangan ini. Malas dah kott. Mungkin ruangan ini akan ditutup kot tak lama lagi. Hmm agak agak kenapa dia sampai cakap macam tu dekat aku ya ? padahal aku cuma tak suka dia sibuk cakap aku buat salah padahal dia dengan aku lebih kurang je.

Dia malukan aku depan orang. tapi aku relax, aku senyum jea. sebab aku cukup matang dalam perkara ni. Dia membebel lah panjang berjela jela tapi aku still senyum. Dia tanya aku apa yang tak puas hati ? aku cakap tak ada pa yang perlu dibincangkan. Dia sebut benda lucah kat situ, aku still senyum ? Dari situ aku boleh nampak siapa yang over siapa yang takk ? Kau cemburu sebenarnya....

Kau sakit hati kan ? Kau tak suka jalan yang aku pilih ni kan ?? Kenapa kau sibuk sibuk nak tahu pasal aku ? Lepas tu kau cakap member aku ni kononnya cerita kat kau yang aku buruk2 kan kau ? Hey..kalau aku nak burukkan kau dah lama lah aku buat time aku baru masuk lagi. Ooo time kau maki aku tu kau pandai pulak BUAT BUAT TAK TAHU . Tapi bila aku yang kena kan kau aku buat buat tak tahu pandai pulak kau nak MELENTING kan ?? Kau nak tahu kenapa aku tak pilih untuk kerja kat sana ? SEBAB AKU MEMANG DAH BENCI NAK TENGOK MUKA KAU ! Aku dah tawar hati kerja dengan kau . Kau perasan bagus, ya bagi aku kau cukup bagus. Tapi kau tak nampak apa orang cakap kat kau !

Aku buat tak tahu orang hasut pada aku tentang kau. Orang racun fikiran aku, tapi aku still boleh terima. sebab apa ? sebab aku tahu kau jujur. Sampai cleaner kat situ pun tahu rahsia kau lah wei ! Kau tak payah lah nak belagak bagus sangat ! Tapi at last kau maki aku. kau minta maaf pun tak ? konon kau bos kau tak payah nak minta maaf ! hey and who are you want to judge me like that ? Aku from now on kalau tak jumpa kau pun tak apa lah . Yeaaahh memang lah industri ni kecil, kalau aku diberi peluang untuk kerja dengan kau , atau kau kerja dengan aku . Sorry lah aku tarik diri awal awal bro....Boleh pergi jahanam la dengan Motivation kau selama ni.

#Macam mana lah aku tak cakap AKU KAU dengan kau kalau kau sendiri tak respect aku, nak suruh aku respect kauu ?? Memang tak lah wey !

Sabtu, 11 Februari 2012

Jangan Putus Harapan. Sedia Setia

Mulut kata Benci . Hati Masih Sayang

Hmm...Apa nak jadi jadi lah. aku pun macam dah malas nak fikir. Aku tak tahu apa yang aku fikirkan sekarang. Aku kerja pun kadang kadang jadi macam tak boleh nak focus. Susah juga macam ni. Lama juga aku tak jumpa dia, entah dia ingat ke tidak dekat aku kan. Itu terpulanglah masing masing boleh fikir kan. Yang aku tahu tulus hati aku masih ingat pada dia sampai bila bila

Even aku kadang kadang rasa macam dah malas nak jumpa dia tapi hati aku masih lagi beriya iya nak jumpa dia. Nak berbual dengan dia. Macam macam lah nak buat macam yang lepas. Cuma aku rasa dia yang seperti menjauhkan diri dari aku. Aku juga tak tahu kenapa. Last aku bercakap dengan dia pada berberapa minggu yang lepas lah. Lepas tu terus lost contact sampai sekarang

Setiap malam nak tidur jadi rindu, jadi tak tentu arah, haihh tak mungkin lah kan ! Malas nak fikir tapi mesti terfikir juga...Kalau betul dia memang dah tak nak jumpa aku nak buat macam mana kan. Aku tetap tak putus harapan. Sedia tulus hati aku setia...

Isnin, 6 Februari 2012

tamat menembak

Alhamdulillah akhirnya sesi menembak drama bersiri 26 episode Bicara Hati by Osman Ali telah pun tamat pada 3 Februari yang lepas. Lokasi terakhir iaitu dimana di Puchong Perdana dan Seri Kembangan Kuala Lumpur. Haha agak sedih lah jugak bila dah selesai penggambaran ini. Yelah mana tak nya. Dah macam satu family kan. rasa dalam 4 bulan lebih kami bersama siang malam

Rasanya tak ada apa yang nak aku cakap sangat dekat sini. Jadi aku sertakan video All In Memories ini untuk tatapan semua. Selamat Menonton :) Salam


Khamis, 2 Februari 2012

Aku tak mahu waktu itu lagi

Sudah ! Cukup lah sekali
Benci aku mendengar perkataan itu dari mulutnya lagi.
Sudah lah membenci aku malah menghina lagi
Dia bukan lagi seperti pertama kali aku bertemu dengannya
dia sudah lain , lain yang teramat

Aku hanya menjadi seorang pemerhati yang kaku
kaku berdiri dimarahi walaupun bukan silap sendiri
kaku menjadi bodoh bangang kerana tidak dapat memarahinya
kaku kerana dizalimi dan dicaci
tak sangka ada manusia seteruk dia di bumi fana ini

Sudah lah Hati ! Jangan kau berkata ya untuk dia lagi
Sudah lah Mata ! Jangan kau toleh lagi orang yang pernah membenci kau
Dia bagaikan cukup sempurna cukup bagus sampai marah aku dengan teruk sekali
Sumpah aku benci kau !