Jumaat, 30 September 2011

Menembak

Dalam pada kesibukan di kota gah Kuala Lumpur ini . Aku juga memulakan hari pertama di set . Dekat set penggambaran ini macam macam yang aku dapat lihat , yang aku dapat kenal , Team Production Abang Osman Ali Nuansa Film and Tarantella Pictures ini dah macam sebuah keluarga bagi aku .


Kadang kadang kita belum kenal seseorang tu dan terus describe orang nya macam mana . tapi bila kita dah mula kenal dan makin hari makin mesra dah macam family sendiri ia membuatkan kita jadi makin rapat .
Macam aku pulak kerja aku di office dan turun set pada sebelah petang . begitu lah sehingga seterusnya . Sebelum ni main berteka teki saja kerja production ni macam ni macam tu . Sekarang bila dah dekat set baru lah aku faham erti sebuah production itu

Masuk hari ke 6 aku masih lagi di Banglo Mewah berdekatan seksyen 8 Kota Damansara . Sekarang ini tengah sibuk dengan menembak drama bersiri Bicara Hati yang bakal ditayangkan di Astro Prima slot Qaseh awal tahun baru nanti .

Sepanjang shooting ni lah yang buat aku ni jadi kurang tidur , kurang bercakap , macam macam lah yang kurang . tapi bukan kurang ajar . So pandai pandai lah korang google nanti regarding this drama .

foto oleh Anis Azmi

Sabtu, 24 September 2011

Kekasih Gelap

Hari hari aku pada akhir ini penuh dengan senyuman dan gelak tawa . semua nya bermula dengan rakan rakan sekerja sehinggalah hubungan aku dan si dia . Maaf kerana aku tidak dapat beritahu lagi siapa si Dia itu . dan yang penting dia bukan rakan sekerja / rakan sekelas .

Dia banyak mengajar aku erti kehidupan , ya aku mengaku hidup ini tidak seperti apa yang kita mahu . apa yang kita inginkan itu belum tentu dapat . tetapi jika ianya berlaku , aku pasti kita akan dapat lebih dari itu . kalau tidak , tidak mungkin keluar peribahasa 'pucuk dicita ulam mendatang' kan ??

Banyak benda yang dia selalu cakap pada aku itu aku simpan dalam kepala baik baik . Balik rumah aku google kan perkara perkara tersebut . walau pun aku tahu ia agak berkarya aku cuba untuk memahami . Sedikit demi sedikit aku akan kenal si dia . dan finally apa yang aku harapkan selama ini menjadi . betul lah kan , kalau dah nak jadi itu maka jadi lah dia . and kalau tak diizinkan itu maka tak jadi lah dia .

Untuk beberapa minggu akan datang ini , aku tahu aku akan jarang untuk berjumpa dia . Mungkin kalau malam itu dapat jumpa , jadi jumpa lah . andai rasa itu tak pudar maka tidak lah dia . aku faham dan aku mengerti hanya kerana kekasih gelap :)



Ahad, 18 September 2011

Cuba dan terus cuba

Kadang kadang aku terfikir hidup ni macam sebuah puzzle yang kita cuba untuk sambung kan , kita padan kan supaya ia kelihatan seperti sebuah gambar . Walaupun aku jatuh , aku bangkit semula dan cuba semula . Same lah dengan puzzle . walau berkali kali jatuh , kita tetap akan sambungkan dan padankan .

Aku atur perjalanan hidup aku ni baik baik . dan Bila aku dah berjaya aku akan merasa bangga , rasa seronok , gembira semua ada . Bukan kerana apa , tapi kerana kejayaan yang aku perolehi atas titik peluh aku sendiri , kejayaan atas usaha aku sendiri . Jadi aku rasa Gah ! dengan apa yang aku telah lakukan .

Aku cuba dan terus cuba untuk dapatkan apa yang aku inginkan . semakin hampir aku dapatkan semakin jauh ia pergi membawa diri . Kadangkala aku juga tidak faham dengan situasi apa yang sedang aku lalui . Whats wrong with me ? Am i delusional or its fact !

impian aku satu . tapi belum tercapai . sampai masa aku genggam impian aku itu . terfikir juga tak mampu ke nak kejar impian ? difikir semua kalau tak mampu tak payah kejar . Jalan je la asal kan aku sampai ke genggaman impian . .

Jumaat, 16 September 2011

Matang dan tidak Matang

seseorang yang matang itu semestinya tahu dan bijak berfikir untuk masa hadapan , bukan lah hanya pandai cakap saja , cakap besar tak mahu kalah , bila tiba depan depan lemah lutut longlai . Lain yang disuruh buat lain yang dibuat . Bila dikemukakan cerita , reka cerita sendiri .

Aku dah lama memerhati gerak si dia yang hanya pandai berkata kata tetapi tidak untuk melakukan nya . Pada pertama kali aku melihatnya aku merasakan dia adalah yang terbaik yang dipilih . Malangnya masih belum lagi . atau ini hanya permainan minda aku , aku pun tak tahu

Bila bercerita , seolah olah dunia ini milik dia . semua dia tahu , tapi bila tiba depan depan , dia lah semut yang bakal dipijak gajah . Aku masih memikirkan untuk beritahu atau tidak perkara ini pada seorang yang bernama lelaki . Bukan apa , takut sikap sebegini akan berlarutan sehingga tiba nya akhir september nanti . sebelum semuanya terlambat . .


Selasa, 13 September 2011

bukan rindu cuma kadang aku terkenang

bukan rindu , cuma kadang aku terkenang . begitu lah situasi yang berlaku dalam diri aku sekarang
bila previous balik kisah lama suka duka aku dengan seorang yang bergelar sahabat . orang kata kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan nya . tapi betul ke kita yang merancang ? atau semua nya memang berlaku di atas kehendakNya .

entah lah , kadang itu aku hanya terfikir perkara yang lepas ini . aku sepatutnya tidak memikirkan tentang hal ini lagi . kita memang tak boleh lari dari apa yang akan tiba , kalau perkara itu dah nak terlintas dalam kepala aku nak buat macam mana kan . benda macam ni dah selalu sangat berlaku dalam hidup aku .

tabah memang tabah aku hadapi semua ini , orang sekeliling semua tanya . aku hanya mampu tersenyum dan telan saja . Pedih hati siapa yang tahu kan . Sejak dua menjak ni aku jadi kurang nak bercakap dengan teman teman rapat , aku cuba untuk gembira , cuba untuk elak dari nampak aku ni tak happy .

Ahad, 11 September 2011

kenapa tidak aku

perkara perkara remeh temeh juga yang aku fikirkan
kenapa tidak aku fikirkan cabaran besar yang mendatang
kenapa tidak aku jadi seperti mereka yang sibuk melakukan kerja tanpa memikirkan orang di sekeliling mereka .

Hati berkecai , Jiwa ranap itu semua dah biasa aku lalui . tapi aku masih berdegil dan masih mengharapkan sesuatu yang tidak akan pernah menjadi milik aku . Persoalannya Entah bila aku akan lupakan semua benda ini . Sibuk sangat nak ambil tahu benda benda yang tak penting sedangkan banyak perkara perkara hebat yang akan berlaku kelak

aku masih memikirkan dia yang bergelar orang punya untuk aku . kenapa tidak aku melupakan saja dia . Persoalan ini semua buat aku ragu ragu untuk memberikan jawapan . jika aku dikurniakan sepasang sayap akan aku terbang setinggi boleh kerana tak sanggup untuk menghadapi semua ini . tak kisah lah yang penting tinggi

Aku harap aku dapat tempuh semua ini dengan jiwa yang kental dan hati yang kuat*

Khamis, 8 September 2011

susah

hari demi hari aku cuba untuk beritahu tapi ia sememangnya susah
mula nya dia macam bagi harapan pada aku tapi bila aku selangkah kedepan harapan itu hilang
aku cuba untuk berkata tapi susah

sejak akhir akhir ini juga aku dapat rasakan yang aku susah nak bercakap dengan orang
bukan aku saja yang perasan malah orang lain juga
dulu tak pernah macam ni

Mungkin letih atau aku sendiri tidak pasti kerana ia sememangnya susah untuk dikenal pasti
sehari aku tidak dengar suara dia , jumpa dia , hidup aku susah . entah la . kadang kala aku terfikir apa betul ke yang aku buat ni

Aku selalu ingin menjadi yang terbaik buat dia . tapi aku tahu susah untuk buat dia pandang apa yang aku buat untuk dia . Hari demi hari susah untuk aku luahkan pada dia . Aku hanya mampu tersenyum dan berdiam di kala dia gembira begitu juga aku .

Isnin, 5 September 2011

Reunion


Sekali sekala dapat berkumpul ramai ramai macam nie seronok juga .
Dapat sembang sembang panjang . Kalau dulu semua nye Kecil kecil lagi , mana tidak nya masa tu
semua darjah 5 darjah 6 . Sekarang masing masing dah dewasa . Dah bekerjaya . Banyak kenangan manis dekat sekolah dulu yang boleh kami share balik malam raya kelima ini .

Open House rumah Nadra yang memang dibuat khas untuk Bekas Pelajar SKPD Batch 2003 . Event diketuai oleh Muhd Fahmi Bin Mahyon , Adlia Syuhada Maamin dan Assistant Assistant nya yang lain . Majlis berlangsung jam 9 malam , bila semua dah berkumpul . Bacaan doa beserta tahlil diketuai oleh Muhd Shafiq . Agak ramai juga malam itu .
Dalam facebook cuma 20 orang yang bersetuju untuk attend , tapi lebih pula yang datang . Bagus la .

Seronok dapat berkumpul ramai ramai macam nie . Bila lagi nak gathering macam ni pun kita tak tahu kan . Masing masing mungkin dah busy dengan life sendiri . Jadi masa yang ada ni lah kita gunakan sebaik mungkin .
Menu malam tu memang sedap sedap . Terbaik lah . Again thanks to Nadra and Family .

terima kasih juga pada yang sudi hadir memeriahkan lagi suasana majlis

Azham Zaayani
Aiman Najhan
Amirul Amri
Abdul Rahman
Ayie
Asyraf Posari
Fahmi Mahyon
Hanafi
Firdaus Yaacob
Suaidi
Shafiq Zaini
Faiz Sulaiman
Hafizzudin a.k.a Jukk Jaiii
Razak
Syamsul
Fahmi Izzudin
Amer Faiz
Nurul Farahin
Nor Adina
Ainul Mardhiah
Adlia Syuhada
Mimie
Hafsa Nur
Syafika
Syafinaz
Farhana
Hayatul Huda

Rasanya ade lagi nama yang tertinggal...Maaf lah kalau terlupa

Assalamualaikum. .

Sabtu, 3 September 2011

takkan mampu

Dalam dunia ni kita memang tak kan lari dari hendak buat orang suka kan kita . Berbagai bagai cara kita lakukan tapi ingat lah...

Takkan mampu dan takkan boleh

Lebih lebih lagi dengan orang yang macam aku ni . Tak ramai yang suka dengan kerja aku , dengan apa yang aku buat , tapi kita nak buat macam mana , apa yang boleh aku buat hanya telan dan senyum aje la .
tetapi kita takkan pernah serik daripada itu kerana kita hanya akan sentiasa bekerja dan membuat orang suka pada kita .

Assalamualaikum..