Ahad, 30 Januari 2011

tHe tRip








hey peeps . happy holiday and happy readings :)

29th Januari 2011 . tarikh yang amat bermakna bagi aku dan rakanku . HAHA ape yang di rancang selama ni berjaya jugak kami laksanakan . trip to Port Dickson .
Masing masing telah diberikan tugas untuk dilaksanakan . Gary and Jambu settlekan van , aku dan faidiel settlekan resort , ejoy and merol settlekan BBQ , ekin and kak fieqa as a banker ( urus duit collect ) .

Malam sebelum nak bertolak esok pagi nya , aku jambu kak fieqa ekin and gary ke carefour untuk membeli barang barang untuk dimasak disana . Macam macam jugak lah yang kitorang belii . HAHA . Walaupun spent duit untuk makanan makanan just rm100 . tapi kitorang dapat beli macam macam .

Dipendekkan cerita pulang dari tesco , kami bergerak ke rumah Nina untuk mengajak dye makan malam . Actually nina supposed pergi trip tu juga , tapi mama dye bagi pergi . biase lah kan , ibu risaukan anak perempuan nya . Kesian dekat nina time tuu . tapi dye cool . dye tak kesah pun .

-----------------------------------------------------------------------------------------

29th Januari 2011 / 30th Januari 2011

Bangun tepat jam 6pagi . Gary gerak semua orang and mandi mandi . nak bersiap untuk bertolak ke Port Dickson , selepas semua dah mandi dah ciap ciap , kitorang pun gerak . Van dipandu oleh jambu . Kitorang drop dekat college untuk ambil kak fieqa , ekin , ejoy and her girlfriend .

Memang chantek lah kak fieqa dah siap kan bekalan breakfast kitorang . Roti 2 bundle and jam . fuhh layan doe makan dalam van ramai ramai . HAHA . So perjalanan diteruskan . Just drop kejap dekat petronas . Dipendekkan cerita , kami tibe di Port Dickson pada jam 1030 pagi . Terus drop dekat Giant untuk beli ayam untuk BBQ nantii .

Selesai saja beli ayam , terus gerak lepak minum minum dekat dataran teluk kemang sementara tunggu jam 1230 nak check in . Dalam jam 11 lebih tu kami gerak nak ke hotel , tibe tibe ade pulak basikal le tour de langkawi tu nak lalu . haishh terpaksa la kami semua ni berhenti tepi jalan , police pulak block jalan x bagi lalu selagi basikal tu tak lalu . haihh . dengan jam gyle babii .

Finally kitorang dapat jugak sampai ke Corus Paradise Resort pada jam 1 tengah hari . Sampai jea dengan keadaan hujan gerimis , aku terus call Mr cheok selaku owner yang aku booking resort tu untuk ambil kunci . dalam berberape minit lepas tu Mr Cheok datang . tanpa berlengah aku terus ambil kunci dan tengok bilik . So bilik semua okay . aku terus ajak yang lain naik .

Sampai jea dekat bilik , lepak lepak dulu . dalam jam 3 lebih tu , kitorang gerak ke pantai teluk kemang . Nak mandi manda kat sane , naik banana boat semuaa . HAHA memang terbaik laaa . nasib baik tak hujan dah time tuu . dalam jam 6 lebih tu lah gerimis sikit . nasib baik kitorang nak balik dah .

Dipendekkan cerita , BBQ start pada jam 10 lebih even gerimis sikit , tapi unggun api berjaya dihidupkan . Selesai panggan panggang ayam , sausage tu semua , kitorang makan makan dekat tepi pantai ramai ramai . SERIOUSLY memang seronok gilee !! puas hati lah ! So kitorang pun balik ke resort jam 12 .

Sampai jea , masing masing terus basuh kaki , dan relax relax , ade yang bersembang , ade yang tengok tv . HAHA last last semua terus tertidur . ade yang dapat selimut takde bantal , dan sebaliknya . HAHA ade jugak yang berhimpit himpit . Tapi memang bestt lah . dengan sejokk nyee . HAHA

Esok pagi , tepat jam 12 tengah hari semua bersiap siap untuk check out , kitorang gerak dalam jam 1 tengah hari , drop kejap dekat dataran teluk kemang tu , ade yang nak beli sourvinier pulak . Then lepas jea beli beli kitorang terus gerak balik ke Kuala Lumpur . Van dipandu oleh Gary .

Selamat sampai ke Kuala Lumpur pada jam 330petang :)

p/s : best gyle lepak dengan korang , happy enjoy and fun . next time kite holiday lagi yeah . xoxo :) much love . salam .















Isnin, 24 Januari 2011

Dalam Kenangan


Hey peeps :) Happy Reading and Salam Takziah buat Keluarga Faizal Isa . Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempat kan dikalangan orang orang yang soleh .

Petang sabtu 22 January 2011 . Tepat jam 500pm , aku dikejut kan dengan berita kematian salah seorang rakan aku di college . Faizal atau lebih dikenali dengan panggilan Ejai telah kemalangan di Bukit Ampang bersama 2 rakan nya yang lain . Siapa sangka orang sebaik nya pergi dulu meninggal kan kami semua . Siapa yang rapat dengan arwah pasti akan terasa dengan pemergiannya . Orang nya baik hati , peramah , dan suka berkawan .

Even aku tak berape nak rapat dengan nya tapi aku tahu dia macam mane orang nya . Hari hari terakhir sebelum arwah pergi , dari ape yang aku tahu , die sering memakai baju melayu , tak kira lah lepas mandi ke , nak tidur ke . Antara status yang di update di facebook juga memberi satu petanda iaitu 'Kesuntukan Waktu' dan 'Nak bangun tidur selambat yang boleh'

Tak sape sangka itu status terakhir di update oleh arwah . Jenazah dikebumikan di kediaman nya di Batu 3 Shah Alam pada pagi 23 January 2011 . Sebelum arwah pergi , arwah ade berpesan pada Syukri . 'Aku nak tengok kawan kawan aku berjaya' arwah ade ajak ramai kawan kawan yang x berape nak rapat dengan dye keluar . Semoga arwah tenang di alam sana .

p/s : we will miss you ejai . al fatihah -__-





Jumaat, 14 Januari 2011

Khurafat Perjanjian Syaitan










Hey peeps . Happy reading :)

Yeah ni lah filem yang aku tunggu tunggu untuk januari 2011 ni . Khurafat - Perjanjian Syaitan . firstly thanxx to Golden Screen Cinema Pavilion Kuala Lumpur . Filem mengisah kan Johan ( Syamsul Yusof ) dan Isteri nya Aisyah ( Liyana Jasmay ) yang diganggu oleh makhluk halus akibat daripada kisah lampau Johan yang mengamal kan ajaran ilmu hitam . Lakonan hebat juga dari Sabrina Ali , Salina Saibi dan Fauziah Nawi .

Kami seramai 8 patrons iaitu aku , faidiel , jambu , yaya , pika , dodod , arm , dan syahmie masuk ke dalam hall tepat jam 1130pm . Memang full house lah cerita dye kan . Nasib baik aku dah beli tiket tengah hari tadii . Kalau x x dapet lah nak tengok movie ni .

Jalan cerita yang agak menarik , sound system gempak siott , HAHA terperanjat jugak lah aku kat dalam tu . HAHA . Memang betul betul seram lah movie kali ini . Berbeza dari filem2 seram yang aku tonton sebelum ini . So credit lah tu Syamsul Yusof sebagai Pengarah dan juga pelakon utama dalam filem ini .

Filem ini tamat jam 130am . HAHA dah la aku ade class 830am esok nya . Haishh x de hal lah . Syamsul punye pasal kan . HAHA ! selesai saja tengok movie , kami terus gerak untuk pulang ke rumah masing masing . Memang tak rugi lah keluarkan Rm12 untuk filem ini .

Aku tiba dirumah jam 0155am . terus on lappy dan menaip blog kali ini .
Okay :) Good Night peeps !!











Rabu, 5 Januari 2011

Happy Birthday Kak Feeqa








Hey peeps ! Happy Readings :)

Pagi ni tepat jam 1030am aku bangun dari tidur dan bingkas untuk mandi . Actually pagi ni ade class Production Management by Miss Nurul Ain . Tapi aku jambu faidiel and another group kami lewat sampai . HAHA Nasib baik lah miss ain mood cool pagi ni . heee . Dan nasib baik jugak lah class hari ni satu jea . So boleh lah buat kerja lain kan .

Dipendekkan cerita class tamat jam 1230pm . then kami decide nak menyambut birthday kak feeqa tanpa pengetahuan nya . So masing masing mula kan lah lakonan nya . Nina dan Shikin pretend ajak kak feeqa ke Masjid Jamek untuk beli tudung , dan tiba tiba menukar plan mengajak kak feeqa ke Ampang Park untuk beli tudung disana .

Kak Feeqa pulak blur blur time tu , so just ikut je la . HAHA . Dalam pada itu jambu , Amirul , faidiel , ijoy , dan daus sabri dah plan nak ke Ampang Park untuk standby dekat KFC . So mereka bagitau kak feeqa yang mereka nak lunch di cafe saje . Then aku dan firdaus ismail pulak decide nak follow Nina , Shikin dan Kak Feeqa ke Ampang Park . Firdaus Ismail pura pura nak beli underwear katanya , HAHA .

So kitorang pun terus gerak ke destinasi yang ditujui . Dalam perjalanan ke Ampang park itu , traffic agak jamm sikit . So time tengah berhenti tu boleh pulak selisih dengan jambu and others , aduhh kak feeqa pulak perasan . Kak feeqa pun tanya lah . Kenapa jambu dgn yang lain lalu sini . kata nya nak makan di cafe tadi . So aku pun terpaksa lah pura pura call jambu dan beritahu kak feeqa yang jambu nak ke gym pula . tak jadi nak lunch dulu . So kak feeqa pun percaya . fuhh ! selamat ,

Sampai saja di Ampang Park , kitorang terus bawak kak feeqa round round dalam tu , sementara jambu dan yang lain setting kat dalam KFC . Selepas dah round round tu , aku decide nakbeli Dunkin Donuts , then bila kami naik jea ke tingkat atas , faidiel juga ade disitu , so memang faidiel kene berlakon lah cerita dye kan . HAHA . Faidiel pun terpaksa lah bagitahu yang dia datang sebab nak jumpe dgn member lame katanya . And kak feeqa pun percaya .

Selepas pada itu , aku turun ke bawah untuk upah pelukis yang ade disitu untuk melukis potret wajah kak feeqa sebagai hadiah dari kami . Dengan segera aku menunjukkan gambar kak feeqa didalam hp aku dan pelukis tersebut mula melukis . Risau jugak lah takutakut kak feeqa turun ke dengan yang lain . Then jambu call bagitau semua dah ready , Aku bagi masa pada jambu 10-15 mnt untuk tunggu potret .

So dipendekkan cerita , potret dah siap , dan aku bergegas ke KFC . sementara firdaus ismail , nina , dan shikin dalam perjalanan ke KFC juga . Agak lama jugak lah nak tunggu si Nina dan yang lain ni . diorang boleh pergi Avon pulak . Ayam dah nak sejuk tu . HAHA . so bile kak feeqa masuk saja dalam KFC , dia agak terkezutt jugak laa . tibe2 ade cake atas meja siap dengan lilin ayam goreng semua .

Dah lah sebelum datang ampang park , kak feeqa memang mengidam nak makan KFC , finally dapat juga . Heee . So kami pun meraikan lah birthday kak feeqa , dan termasuk lah birthday Nina actually , sebab birthday Nina baru saja lepas baru2 ini , tapi tak dapat nak buat surprised sbb masing masing pulang ke rumah family . Kak feeqa agak terharu lah juga time tuh . heee . HAPPY BIRTHDAY KAK FEEQA !!

Selesai saja makan , faidiel decide nak ke KTV Karaoke . HAHA masing masing pun muke okay jea . so kitorang pun terus bergerak ke KTV Karaoke , lepak lepak nyanyi nyanyi dalam tu selama 2 jam , petang itu hujan agak lebat laaa . Kami keluar pada pusat karaoke pada jam 600pm , so kitorang decide untuk pulang kerumah , sbb malam nak datang college lagi untuk discussion . So kak feeqa pun wish thank you to all adik adik nya ni . HAHA .

And thanxx to Firdaus Sabri for the KFC :)