Khamis, 27 Oktober 2011

Dunia Dunia

sudah hampir sebulan aku sibuk dengan menembak drama bersiri 26 episod Bicara Hati yang diarahkan oleh Osman Ali . selama sebulan ni aku dapat lihat mana orang orang yang boleh dipercayai dan orang orang yang hanya bersikap plastik . banyak juga yang aku dapat .

Macam macam ragam juga yang ada . Itu tak boleh ini tak boleh . Nasib baik lah aku masih ada member member yang boleh bagi sokongan yang kuat . aku rasa kalau diorang tak ada , haaa ting tong lah aku . itu lah dalam hidup ni kita jangan cepat nak percaya pada orang . bukan semua yang kita cerita tu dia akan simpan

Seminggu lebih aku dan crew yang lain berada di Banting (Rumah Kebajikan Sinar Iram) . Tiap tiap hari bila petang saja hujan lebat membasahi bumi . Bila dah hujan , delay shooting . bila dah delay shooting tambah hari lah kami dekat sini . haihh bila la nak balik KL ni . sumpah aku dah tension gila . Haha mana tidak nya kadang kadang aku rasa kelakar pulak dengan tingkah laku diorang dekat sini

Ada yang depan depan bukan main elok lagi cakap pijak semut pun tak mati . bila kat belakang hadoii sumpah rasa macam nak..................hahaha sumpah aku dah bosan tgk muka kau beb ! dunia dunia

Foto oleh Yeen Eiqa Malek

Jumaat, 21 Oktober 2011

serba tak kena

Orang macam aku ni lah yang sering dipersalahkan . balik balik aku balik balik aku yang kena . entah lah aku tak faham langsung dengan mereka semua . aku tak tahu nak luahkan pada siapa perkara ni jadi aku hanya boleh menulis di sini saja . nanti kalau aku cerita , lain pulak yang disampaikan . aku percaya dekat dia tapi lain pula yang dia buat . lepas aku jumpa dia malam tadi terus aku hilang mood .

yang sorang macam ni yang sorang macam tu . apa lah nasib aku kat sini . kalau boleh balik dah lama aku cabut ! nak cakap pasal jaga hati dan perasaan . tak nak tanya pula macam mana dengan perasaan aku ? hati aku ? nak pikir hati dia je ke ? macam tu ?? Dah kira baik la aku tak cerita pasal dia , tapi aku rasa tak perlu lah aku cerita , takut nanti salah tafsir pula .

Mum always said . LIFE IS HARD . ya betul lah hidup ni memang sukar . kita hanya mampu merancang tapi di atas sana yang menentukan . tapi cuba kita fikir balik ? kita ke yang merancang ? atau semua ini memang berlaku atas kehendakNya ?? think about that ! So when this thing was happend , I have to make tuft decision . Bertegur bila perlu . Lagipun aku dengan dia bukan nya perlukan connection communication sangat pun .

Kalau betul dia tak buat benda tu tak perlu lah nak melenting macam orang gila kan . benda yang aku tak cakap , kata aku cakap . pelik . benda kecil macam ni dia buat jadi worst ! pelik pelik pelik . Entah lah makin lama makin hari aku rasa macam dah tak berminat dengan benda benda macam ni .

#Semoga aku punya jiwa yang kental untuk semua ini . InsyaAllah

Khamis, 20 Oktober 2011

Kau buat aku Mati Hati

balik semula pada kisah 17 oktober yang lalu . pada 18 oktober 2011 aku dah mula outstation shooting bersama crew crew yang memang happening . banyak perkara yang aku dah expect akan berlaku dan ya ! ia memang berlaku . benda yang paling aku kurang gemar berlaku dalam hidup aku . 2 hari yang lalu aku jadi kurang gemar nak bercakap dengan nya .

entah lah aku pun tak tahu , tiba tiba perasaan itu hadir dalam hidup aku . mungkin juga aku letih stress . tapi aku tak rasa macam itu . hati dan perasaan seseorang ini siapa lah yang tahu kan . hari demi hari aku tabah lalui perjalanan hidup aku . biar lah apa orang nak kata , aku hanya mampu telan dan senyum dan mampu kah aku nak bertahan selama 10 hari disini ??

#kau buat aku mati hati


foto oleh Mimie Dzulkefli

Isnin, 17 Oktober 2011

maafkan lah aku tak bisa hidup tanpa kamu

17 Oktober 2011 . aku meneruskan perjalanan hidup aku dengan rasa humble dan tabah . walaupun mulut berkata tidak tapi hati aku sering berkata ya . Ya aku masih rasa perasaan sayang aku pada dia . walaupun kadangkala dia menyakit kan hati aku tetap sayang . entah la kadang kadang aku rasa aku ni bodoh ke ? tak reti berfikir ke ? tapi itu saja yang mampu aku buat

dari dulu lagi aku anggap dia seorang yang prihatin , malangnya sikit pun tidak . ramai orang sekeliling berkata buruk padanya tapi aku ketepikan semua itu hanya kerana aku tak bisa hidup tanpa dia . malangnya dia tak pernah nampak yang aku ni sayang pada dia . sikit pun dia tak pandang ke dalam mata aku .

Mencintai dan dicintai itu adalah suatu perkara yang berbeza . ya ianya sangat berbeza . anda semua tentu pernah rasa kan . pernah tak anda google tentang apa itu mencintai ? dan apa itu dicintai ??

Sabtu, 8 Oktober 2011

Jiwa Ranap Hati Berkecai

Pejam celik kita dah pun melangkah ke bulan Oktober . Hari hari aku di september lalu menjadi makin suram makin sukar hingga menjadi kan aku kurang gemar untuk bercakap . Aku melangkah ke bulan Oktober dengan rasa sabar , aku susun baik baik perjalanan hidup aku . Biar lah apa orang nak kata . aku hanya mampu telan dan senyum . mungkin itu lebih baik .

Beberapa hari lepas keputusan yang diberitahu membuat kan aku rasa dingin . Aku jadi hilang rasa untuk bersamanya . Jiwa ranap hati berkecai bila aku dengar perkataan yang dikeluarkan dari mulutnya . Ternyata selama ini aku memang silap , Silap yang teramat besar dalam hidup aku . Jika aku punya sayap , akan aku terbang setinggi boleh , sejauh boleh .

Untuk hilangkan rasa kecewa yang ada dalam diri ini . Harapan yang diberikannya itu membuat aku rasa betul betul kecewa . Namun aku terus cuba dan cuba tapi gagal , aku bangkit dan cuba lagi , namu tetap gagal . Mungkin betul kata orang , Kalau tuhan tak mahu ianya berlaku maka tidak berlaku lah ia . Jadi aku lalui hari hari aku tanpa rasa apa apa pada dirinya...

#Semoga aku tabah dan punya jiwa yang kental hadapi semua ini

Foto oleh Lad Hashim