Jumaat, 31 Disember 2010

the TOURIST


Hey Peeps ! Happy Reading :)

Movie kali ini adalah movie yang paling aku nanti nanti kan . the TOURIST :)
firstly nak ucapkan thanks to Golden Screen Cinemas Pavilion Kuala Lumpur kerana aku berjaya mendapat kan tiket filem ini dengan seat yang best .

Aku serta dua rakan college ku faidiel danial dan girlfriend nya yaya alya masuk ke hall 12 pada jam 115am midnight show untuk menonton movie ini . Filem lakonan hebat Johny Depp dan Angelina Jolie amat memukau penonton untuk menonton filem ini .

Even plot cerita ini agak slow , tapi di dalam slow itu dimasukkan elemen elemen yang tidak membuat penonton merasa buhsan . Dipendekkan cerita movie ini agak seronok dan tamat pada jam 300am :)

Selesai saja dari itu , kami terus keluar dari hall , dan aku decide untuk pulang ke rumah , manakala faidiel pula kene hantar yaya pulang kerumah . Tiba saja dirumah aku terus on lappy and start to type this blog :) thats all !






Rabu, 29 Disember 2010

Happy Birthday Best Friend






Hey peeps ! Happy Readings :)

Tepat jam 1030am Dodod gerak aku dari tidur , damn class jam 1030am tapi 1030am baru aku bangun . Nasib baik dodod gerak kan . So aku pun bergegas mandi dan bersiap siap . Tepat jam 1055am aku sampai ke class . Class kali ini de handle by Miss Nurul Ain . Nasib baik aku dah mcm kamcing dengan Miss Ain ni . So dye takde lah marah sangat aku ni lewat .

Class Production Management ni macam bestt jugak la . Assignment pun macam senang jea . HAHA Semua macam jea ntah ntah susah kot . HAHA . So dipendekkan cerita class tamat jam 1200pm . Selesai saja class , aku , jambu , ijoy , kak feeqa , firdaus , merol , nina , and syikin decide nak pergi makan pizza
HAHA Ade orang nak belanja kan , siapa tak mau pergi .

Daus Ismail yang actually nak belanje pizza tu . So kitorang decide nak lunch di Pizza Ampang Park . Dalam pada itu , kak feeqa , nina , daus and syikin plan nak beli cake untuk celebrate birthday merol sekali . So aku dan jambu termasuk ijoy dan merol gerak ke Pizza Ampang Park terlebih dahulu . Sementara tunggu daus , kak feeqa , nina and syikin pergi beli cake .

Dalam 15 minit selepas itu , kami tiba di Pizza Ampang Park dan terus masuk untuk membelek2 menu nak makan ape lunch ni . Tidak lame selepas itu , kak feeqa , jambu , nina , and syikin masuk dengan membawa cake . Kami beramai ramai menyanyikan lagu Happy Birthday buat Amirul Naaim yang ke 20 . HAPPY BIRTHDAY MIRUL !!

Selesai saja makan makan makan tu . Kitorang decide untuk pulang ke rumah :) thanxx to Firdaus Ismail for the lunch :)








Selasa, 28 Disember 2010

Steamboat Bukit Bintang


Hey Peeps ! Happy Readings :)

Petang pulang pada klcc itu , aku terus keluar dari rumah dan bergegas ke Mcd Ampang Park . Agak buhsan sikit petang tu . so aku decide nak online lame lah dekat Mcd Ampang Park nanti . Sampai saje di sana aku terus on lappy , order fast food dan online .

tepat jam 700 malam , member aku call , minta ke Ukay Perdana ade hal penting katanya . so aku terus bergegas ke ukay perdana . Dipendekkan cerita , aku samapai dirumah member aku itu jam 8 malam . Selepas settle hal hal dekat sane aku terus pulang kerumah ,

Sampai jea di rumah , housemate housemate aku semua nak ke setapak untuk bermain futsal . Diorang ajak tapi aku malas nak follow . bukan aku main pun . So aku decide untuk online saje dirumah . Tak lame lepas tuh , Mimie dan Aqina datang ke rumah untuk mengajak aku makan malam . Actually aku pun lapar jugak time tu . so aku pun makan lah sekali dengan diorang .

Selesai saja makan , aku rase buhsan gile kat rumah , so aku ajak Aqina untuk ke mcd ampang park . sampai jea di mcd tu , tutup pulak . Diorang buat pembersihan pulak dekat mcd tu . Haishh . So kami decide nak ke Mcd Bukit Bintang . Tapi bile sampai jea dekat bb , ramai orang pulak .

Memang tak boleh buat ape lah . so aku terus ajak Aqina makan steambot . Malas nak makan banyak banyak sebab dah kenyang . so kami ambil 6 cucuk jea steamboat . Sambil sambil tengok orang lalu lalang dekat bb tuh . Haha memang banyak lah orang kene kutuk dengan kami .

So lepas tu kami pun pulang ke rumah . Malas tidur lewat . esok ade class pagi pulakk . Haishhh :) HAHA

Isnin, 27 Disember 2010

Lunch With Best Buddies


Hey peeps ! Happy Reading :)

Tepat jam 1030am aku bingkas bangun dari katil dan terus menuju ke kamar mandi . Walaupun badan rasa liat nak bangkit tapi aku teruskan juga untuk bangun . Actually pada pagi ini aku nak ke college dan ditemani bersama 2 rakan ku iaitu Haqq dan Bob . Housemate aku lah tuh :)

Selesai saja urusan di college , Kami bertiga bergerak ke KLCC untuk cari kerja . Actually aku baru saja berhenti kerja ditempat lama aku itu . So nak cari part time job dekat tempat lain lah pulak . Aku dah buhsan kerja dekat tempat lame tu . Perkerja macam xda disiplin . datang lambat . lepas tu aku jadi mangsa :(

Banyak jugak lah butik butik dekat klcc tu kami masuk . Macam ade harapan jea untuk dapat kerja . So aku harap kami dapat lah kerja yang kami mintak tu . Bile habis satu klcc kami ronda . Haqq dan Bob decide nak makan Burger KING ! haha best nya ade orang belanje kannnnnnn .

Dekat Burger KING la , aku sibuk bergambar dengan diorang ni . HAHA . Kalutt betul aku ni . Time dekat burger KING uh ade lah seorang pemuda MLM ni sebok dok tanya tanya customer yang tgh makan . Heee aku perhatikan jea gelagat customer customer tersebut . Ade yang tolak , ade yang minta :)

Selesai saja makan dekat Burger KING , aku ke KFC pula . Bob ni haaa , awek kesayangan dia nak X Meal Zinger Burger . So aku pergi lah beli kan kejap . Nasib baik beratur tak panjang . HAHA . Then keluar saja pada KFC , aku terserempak dengan besttie aku di college , Intan dan mama nya serta adik nya .

Lame jugak lah tak nampak die kan since semester break yang lalu . So aku pun bersalam salaman lah dengan die serta mama nya . Heee . Macam macam yang aku dapat hari ini :) x sia sia bangun awal pagi !

Ahad, 26 Disember 2010

Wedding En Syukur at Kuala Selangor


Hey peeps ! Happy Readings :)

Alhamdulillah , finally our beloved lecturer iaitu En Syukur melangkah ke jinjang pelamin :)
SELAMAT PENGANTIN BARU !
Pagi ini tepat jam 1030 pagi aku bingkas bangun dari katil dan terus bersiap siap untuk ke Kuala Selangor menghadiri Majlis Perkhawinan Pensyarah di kolej aku .

Actually aku dengan housemate ku Bob dah bangun lewat . Kami janji pada mimie selaku yang membawa kereta pada hari tersebut tepat jam 10 dah gerak . tapi jam 1030 baru kami bangun . Itu pun nasib baik lah Aqina yang gerak kami . Kalau tak wedding ke mane ape kemane ! HAHA

Time tu dalam kepala aku dah tak pikir ape dah . pikir ape nak menjawab dekat mimie nanti . Die bukan boleh . bab bab lambat ni memang dye pantang ! HAHA . Selesai saja bersiap aku terus turun ke bawah dan masuk ke dalam kereta . ade jugak la kene marah sikit . HAHA .

Kami bertolak ke Kuala Selangor bersama 3 kenderaan yang lain iaitu van yang dibawa jambu , dan dnaiki oleh faidiel , kak feeqa , izzah , Norli , Amy , dan Syikin . Kereta yang dipandu Nerd dan Fara , dan juga 3 orang lecturer perempuan yang turut ikut kami kesana .

Memang konvoi habis lah cerita die kan :) tapi die punye perjalanan makk aiii macam nak ke kedahh la weii . HAHA Jauhhh gila babi ! tak sanggup aku khawin jauh jauh macam ni . HAHA .
So dipendekkan cerita kami sampai tepat jam 1230 tengah hari . Apabila sampai jea aku dan yang lain terus bersalam salaman dengan keluarga En Syukur , dan selepas itu kami pun menjamu selera .

Semua lauk pauk kenduri khawin tu sedap sedap . ayam masak merah , daging black peper , dan ade lah sedikit buah buahan sebagai desert :) Persandingan di kuala selangor ini adalah bagi pihak sebelah lelaki . Bagi pihak sebelah perempuan pula diadakan di Melaka pada hari yang lalu

Selesai saja makan , kami terus decide untuk pulang kerumah , dalam perjalanan untuk pulang kerumah , Bob memberitahu yang dia sedang mencari beg baru untuk dipakai di kolej nanti . Jadi mimie decide untuk ke Wangsa Walk Mall . Tiba saja di Wangsa Walk Mall , kami terus window shopping , bob tak jadi beli beg tetapi membeli baju kemeja dan berberape helai t-shirt

Mimie pula membeli sepasang kasut baruu . awww awww kelaaazzzz gituu . HAHA . So selepas itu kami meneruskan perjalanan untuk pulang kerumah :) Sampai saja dirumah . masing masing dengan kepenatan dan terus lenaaaa :)


Jumaat, 24 Disember 2010

Movies Showtime


Hey peeps !! Happy Reading :)

Sedar jea dari tidur . ALAMAK ! 1:00 TENGAH HARI !! . Hancuss aku kene maki dengan Jambu kejap lagi . HAHA Actually aku dah janji dengan jambu nak pergi teman kan die ke Petaling Jaya jam 8 pagi . Tapi aku boleh tidur lewat pulak malam tadi . So memang lambat bangun lah cerita dia kan . HAHA . Jambu ni Ketua Pelajar dekat College aku . Full name dye Mohd Shaiful Niezam . Dia yang suruh orang gelar dia Jambu . Konon jambu laaa HAHA . So dalam jam 1 lebih tu Jambu call aku . Aku dah ready nak kene maki ni . Tiba tiba bile aku jawab je..

Zul Sham : Hello Assalamualaikum , Jambu sorry sorry sorry aku bangun lambat doe . sorry sangat sangat

Jambu : Woii kau bangun lambat , haha takpe2 aku pun tak pergi actually , aku sesat kot tadi . Wey Zul kau kat mane ? free x ?

Zul Sham : Aku dekat rumah la free jea ni . kenape ?

Jambu : haaa baguih , jum ikot aku lepak klcc , akak , nina , daus ,syikin semua ada , depa nak shopping ke tengok movie ka tu . mai arrr

Zul Sham : ouh yeeke . ermm boleh boleh tapi aku kene mandi dulu laaa . hee

Jambu : memang la . tu ajak aqina sekali , cakap dengan dia kalau nak aku tunaikan janji aku blanje dye KFC ikot laa . haha okay

Zul Sham : okay okay ape ape aku text kau . bye .

So begitu laah sedikit perbualan kami yang dapat dipaparkan . So aku bergegas mandi dan text Aqina nak join aku tak . dengan pantas dia membalas NAK G NAK G ! Haha . So dipendekkan cerita kami sampai ke KLCC jam 3:00 Petang . Kami terus berjumpa jambu dan yang lain di Maxis Klcc .

Actually syikin pergi menjelaskan bil broadband maxis nya itu , so selesai saja menjelaskan bil tersebut , Kami decide untuk menonton movie . So kami terus ke TGV untuk survey movie ape yang best . Hari khamis pulak , so mmg movie baru masuk la kan .

Jadi sebulat suara mengatakan nak tonton movie Gulivers Travels . Agak happening and kelakar jugak la movie tu . So kami pun collect duit dan beli tiket pada jam 450 petang . Jadi sementara menunggu jam 450 petang itu . kami pun berjalan ke taman klcc untuk photoshoot beramai ramai . HAHA .

tepat jam 450 minit kami bergegas ke TGV untuk menonton movie tersebut . Kami seramai 9 patrons masuk ke dalam hall 1 untuk menonton movie itu . Agak full house jugak lah . Filem lakonan Jack Black dan Emily Browns tersebut memang menambat hati penonton untuk menonton movie ini .

Selama 2 jam lebih kami berada di dalam hall itu . Movie tamat pada jam 715 minit malam . So bila keluar saja dari panggung , kami membuat keputusan untuk beredar . Aku dan Aqina hendak meneruskan perjalanan ke Times Square , Akak Nina And Syikin pula nak ke Masjid Jamek . Dan Firdaus Amirul Amin and Jambu pula nak balik kerumah .

Memang seronok dapat hang out ramai ramai macam tu :)




Selasa, 21 Disember 2010

Midnight Movie


hey peeps ! happy readings :)


bermula pada aku pulang dari kerja jam 10 pagi , terus aku bergegas pergi ke atm untuk withdraw sedikit duit untuk belanja . Aku telah mengeluarkan sebanyak Rm220 dan kemudian aku terus bergegas untuk ke kedai gunting rambut . Actually aku mengantuk gile sebab kerja dari jam 12malam semalam . Aku supposed pulang ke rumah jam 8 pagi . tapi disebabkan rakan setugas itu lewat 2 jam aku terpaksa stay overtime sampai jam 10 .

Dipendekkan cerita aku sampai ke rumah dan bersiap siap mandi untuk ke rumah Syaza , sampai saja dirumah syaza aku terus tertidur sehingga lah jam 730 minit malam . Nasib baik lah member aku Nurul Aqina itu call . Kalau tak sampai esok lah aku tidur lagi . Actually member aku yang sorang ni baru sampai dari puchong , so dye mintak aku teman kan dye dinner malam tu .

So aku pun bergegas untuk pergi dinner bersamanya . Aku mengajak Syaza untuk turut serta , tapi katanya malam tu dia mahu dinner dengan kekasih nya Apek . Jadi tanpa berlengah aku pun terus menuju ke tempat Nurul Aqina . Kami bersembang panjang dan Nurul Aqina mengajak aku untuk menonton movie .

Jarang biasanya untuk aku menonton movie tanpa dirancang terlebih dahulu . maksud aku tanpa survey and booking tiket . So dipendekkan cerita kami bergerak dari rumah dan terus menuju ke Pavilion untuk menonton filem tersebut . Filem yang berjudul ' Aku Masih Dara '

Tibanya di Pavilion aku terus membeli tiket , actually malam itu juga tak ramai patrons yang datang untuk menonton movie tersebut . So seat juga masih ade banyak lah yang kosong . Kami masuk pada jam 1230 malam dan habis pada jam 200 Pagi .

Haha . Agak seronok juga lah filem tersebut . Memberi banyak pengajaran dan keinsafan kepada diri kita :) selesai saja menonton movie itu , kami terus pulang ke rumah :) thanxx to Nurul Aqina sebab belanje tgk movie !



Ahad, 19 Disember 2010

Petang Dan Malam Sabtu

:) Happy Readings

hey korang :) harini aku bangun tidur tepat jam 12 tengah hari . bingkas aku bangun dari katil melangkah terus ke kamar mandi . actually pada jam 1.00 tengah hari ini aku akan berada di Hentian Duta untuk menjemput nya pulang ke rumah . Syaza nama nya . So boyfriend syaza bagitahu aku yang dye akan sampai untuk ambil aku around 130 tengah hari .

tapii dekat jam 2 petang juga lah baru dye sampai . HAHA . aku tak kisah pun actually , yang penting aku dapat pergi ambil rakan ku itu disana . So dipendekkan cerita , kami sampai tepat jam 235 petang di Hentian Duta . Boyfriend syaza atau apun lebih gemar digelar apek ni call lah si syaza ni banyak kali tak jawab jaawab .

bila dah tak jawab tuh , kita yang dekat sini mula lah risau , mula lah pikir yang bukan bukan , dalam around 15 minit lah baru si syaza ni angkat call . TIDUR rupanya . Haih bus yang dari lumut tu dah sampai Kuala Lumpur dah tapi dye masih tidur lagi . Pelakk betui lah ! HAHA Memang kene marah lah dengan si apek ni cite dye kan . padan muka . HAHA

So lepas tu , kami bergerak meneruskan perjalanan untuk makan tengah hari , ye la bangun jam 12 terus mandi dengan belum lunch lagi . HAHA . So sebelum menuju ke destinasi untuk lunch , kami singgah di Petronas Kg Baru , Syaza ni nak ke toilet katanya , and kebetulan pula aku juga hendak ke CiMb ATM . So kami keluar lah menuju ke tempat masing masing

Dalam 10 minit selepas itu baru lah kami bergerak ke Medan Selera Semarak untuk menikmati makanan tengah hari . Dengan membedal Nasi plus Ayam Goreng dan Kuah masak Assam Pedas memang kenyang lah cerita die kan . HAHA . So sesudah saja makan , kami terus bergerak pulang ke rumah syaza .

Aku membuat keputusan untuk lepak di rumah syaza dulu . Saja nak online dekat rumah die . Dipendekkan cerita aku lepak dekat rumah dye hingga jam 8 malam . So tanpa berlengah aku pun bergegas untuk pulang ke rumah aku bersama apek . Tiba saja dirumah , aku terus mandi dan bersiap siap untuk ke rumah syaza semula .

Agak bosan dekat rumah aku sebab tiada sesiapa lagi kerana cuti masih lagi belum tamat . Jadi aku pun lepak lah dekat rumah syaza . Dalam jam 9 30 Minit malam , aku mengajak syaza untuk makan malam . Lapar gile actually . So kitorang decide untuk makan malam di Kedai makan yang terletak berhampiran dengan Pangsapuri yang aku tinggal .

Selesai saja makan , kami bergerak ke 7eleven kerana aku teringin nak makan sneakers dan syaza pula nak beli keropok katanya . Sampai saja di 7eleven tersebut , apabila syaza turun saja dari motor , tanpa disedari kaki nya terkena pada ekzos motor di sebelah motor aku . Haihh macam mane boleh terkena aku pun tak tahu .

Mungkin motor aku terlalu dekat dengan motor di sebelah tersebut . Habis lah kaki syaza merah . So kami pun bergegas untuk pulang kerumah sebelum kaki nya melarat melecet nya itu . Sampai saja di rumah , aku menyuruh syaza untuk meletak ubat gigi @ colgate di tempat yang melecet tersebut . Agak kelakar lah jugak . HAHA . Selepas itu aku ambil masa untuk berbual bual dengan nya . Dan tepat jam 11 malam aku terus bingkas bangun untuk ke tempat kerja .

Rabu, 15 Disember 2010

Mata Ku Koyak Rabak


KERJA TAK INGAT DUNIA ~

Petang kerja , malam kerja , sampai tak ingat dunia . HAHA tak lame lagi hancuss lah kau Zul :) tapi nak duit punye pasal kan , kene la berkorban sikit .
2 hari yang lepas aku kerja non stop sampai mata dah naik bengkak bengkak , koyak habis semua HAHA .

Lagi pun dah lama bercuti kan , so aku rasa better kerja dari tak buat ape dekat rumah tu . Nanti ade duit aku jugak yang senang :) macam macam boleh beli . HAHA . Petang ni kerja masuk jam 4 petang until 12 malam . then overtime dari 12 malam until 8 pagi . HAHA Memang bestt !

So that mean hari ni satu hari lah aku tercangak mengadap pc dekat cyber ni . Ape pun x kisah lah . semalam boss bagitau nak naik gaji . Makin bersemangat lah cerita die kan . heee :) Tapi kene la ingat jugak kerja kerja jugak . kesihatan aku kena jugak ambil tahu . HAHA .

So far aku sihat alhamdulillah :)


Selasa, 14 Disember 2010

Kisah Pelacur Dan Seekor Anjing

Hey peepss . i've got a story from my friend and i would like to share it with you :) well happy readings

Dari Abu hurairah r.a katanya rasulullah saw . Pernah bercerita “Pada suatu ketika ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan , lalu dia merasa sangat kehausan . Kebetulan dia turun ke sumur itu untuk minum . Setelah keluar dari sumur , dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan . Orang itu berkata dalam hatinya , Alangkah hausnya anjing itu , seperti yang baru ku alami” lalu dia turun kembali ke sumur , dicedoknya air dengan sepatunya , dibawanya ke atas dan diberi minumkannya kepada anjing itu .

Maka Allah berterima kasih kepada lelaki itu (diterimaNya amalnya) , dan diampuniNya dosanya” Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah saw . Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan ini ?” Jawab rasulullah saw “Menyayangi setiap makhluk hidup(tumbuhan dan haiwan) berpahala (ada pahalanya),” Hadis Sahih Muslim jilid 4 no hadis 2099Dari Abu Hurairah r.a katanya “Rasulullah saw. Bercerita “Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur . Anjing itu hampir mati kehausan .

Tiba-tiba dia terlihat oleh seorang wanita pelacur bangsa bani Israil . Maka dibukanya sepatu botnya , kemudian dicedoknya air dengan sepatunya , lalu diberinya minum anjing yang hampir mati itu . maka Allah swt mengampuni
segala dosa wanita itu (dengan asbab amalnya beri minum anjing itu .

Renung renung kan dan Selamat Beramal :)

Manusia Yang Lemah



Kali terakhir blog ini aku update ialah pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas . Lame juga aku tak update blog ni . Story pada kali ini adalah mencari keimanan . Setelah sekian lama hidup di dunia ini , aku sedar banyak perkara perkara yang telah aku lakukan dalam hidup aku ini . Sering bersuka ria , bersosial , dan bermacam macam lah perkara yang telah aku lakukan . Kadag kala kita sering lupa kepada Nya . Kadang kala apabila ditimpa musibah baru lah kita ingat kepada Nya.

Mengapa tidak kita sering kali mengingatinya . Mama sering berpesan agar aku tidak meninggal kan solat . hanya 10minit saja kita bersolat . Kadang kala dalam hati ku ini ingin benar untuk melakukan semua itu . Tetapi dalam masa yang sama aku tidak dapat melaksanakan perkara tersebut . Mungkin disebabkan pergaulan dengan rakan sebaya atau godaan syaitan .

Dah lama aku tidak membuka al Quran , dah lama aku tidak mendirikan solat 5 waktu bah kan juga solat jumaat . Sesekali aku menanti bila pintu hati ku ini dibuka dan diberikan hidayah agar aku kembali ke jalan yang diredhai Nya ~