Selasa, 31 Januari 2012

Untuk Tiga Hari

..terkebil kebil mata aku memerhatikan jam di dinding yang sudah menunjukkan jam 4.50pagi. aku yang baru pulang kerumah terus terbaring diranjang sambil memerhatikan jam di dinding. dalam kepala aku terngiang ngiang filem Sumpahan Kum Kum yang baru saja aku tonton bersama kenalan rapatku berberapa jam yang lalu

sambil aku mencuri idea yang terlintas dalam kepala aku, aku memerhatikan di luar yang hujan masih lebat. aku juga sedang memikirkan bagaimana cara untuk aku beritahunya perkara yang sebenar, sukar untuk menduga takut nanti dia berkecil hati. apa yang aku harapkan dia hanya memahami. Sambil aku membuka alunan muzik flute Ombak Rindu yang dipasarkan di laman youtube aku meneruskan cerita untuk ruangan malam 30 Jan 2012 ini.

3 bulan sebelum ini aku memasang cita cita bahawa satu hari nanti. satu hari saja cukuplah tetapi cita cita itu masih lagi tidak kesampaian. dan aku hanya akan beritahu nya bahawa aku boleh meluangkan masa bersama nya hanya untuk tiga hari lagi. Untuk tiga hari itu aku akan menceritakan segala galanya tentang apa yang dia belum pernah tahu selama ini...

Isnin, 30 Januari 2012

Kembali Pulih

Tuhan aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati. Dan dalam 2 hati itu diberikan 3 rasa. Sayang. Kasih. Kasihan. Dalam 3 rasa itu pula diselitkan 4 tujuan iaitu Berkenalan. Berteman. Berkawan dan Bersama. Dalam 4 perkara itu pula tersembunyi 5 perkataan iaitu " Teman Baik Selalu Di Sisi " Dan di dalam 5 perkataan itu mengandungi 6 Impian iaitu Sayang. Kekal. Setia. Memahami. Menghargai. Mengingati. dan akhir sekali dalam 6 impian itu tersembunyi 7 huruf keramat iaitu SAHABAT.

Apa yang aku pelajari selama ini jika kita memerlukan pertolongan darinya dia akan membantu. Jika kita berbakti padanya dia akan melindungi kita. Jika kita berdiam diri kerana malu hendak meminta dia akan bertanya apa kesusahan kita. Dan yang penting jika antara kita berselisihan faham cepatlah mengalah demi menjaga sebuah persahabatan. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik dari kita maka dia akan menutupnya.

Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi…Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan.

Sabtu, 28 Januari 2012

Okay la tu

Maaf lah lama dah tak update kat ruangan ni. Kadang tu sampai jadi lupa pun ade. Harini mata aku terkebil kebil jam 7 pagi. Berat rasanya nak bangun. Mana tidak nya tidur 5 pagi malam tadi. Sibuk keluar dengan kawan kawan. Nanti tak keluar kata sombong pula kan. Hari ni macam biasa lah aku jalan jalan pusing keliling Dato Keramat tu cari bahan.

Sampai lah petang, petang aku singgah makan dekat kedai 1 malaysia yang selalu aku makan tu. text mimie dzulkefli tanya kerja ke. cun jugak dia kat rumah break 4 jam. lepas makan aku lepak lah naik atas kat rumah dia. Last Last lepak punya lepak sampai terlena. dah nak senja baru aku balik rumah. Dalam perjalanan balik tu reply sms dari firdaus kamarul, ajak lepak malam ni. mesej reply boleh saja. dalam jam 10 dia ambil aku.

sampai je rumah aku on lappy baca metro online. saje tengok ape perkembangan dunia nie. nanti di cop katak bawah tempurung kaca pula kan. dalam hati ni fikir pasal dia. merajuk ke ? ehh aku silap cakap ke semalam. Macam ni lah life aku sekarang...Okay la tu kan -__-

Selasa, 24 Januari 2012

Tapi Bagaimana ?

Hai Assalamualaikum Semua. Apa Khabar ? Saja aku mengambil masa 2 3 hari ini untuk mencari bahan dan idea untuk menaip kali ini. Hmm entah lah aku sekarang semakin buntu memikirkan masa hadapan aku yang bakal tiba. Aku fikirkan tentang kerja aku. kerja tetap aku. Tapi untuk jaga hati dan perasaan dia dan orang lain. Aku berubah fikiran.

Kadang kala aku cuba untuk ikut kata hati. Pergi saja lah kalau orang dah panggil. Tapi dalam masa yang sama aku malah memikirkan orang lain. Aku cuba untuk menjaga perasaan orang lain. Saja aku minta pendapat pada kenalan rapat aku. Mereka malah lebih suka aku pilih apa yang hati aku suruh pilih. Jangan dengar cakap orang. Kita punya masa depan bukan diorang. Ada betul nya juga apa yang diperkatakan oleh kenalan aku itu.

Aduh masalah masalah lah aku ni tak habis habis dengan masalah. Dengan dia tu dah macam kekasih gelap aku. Sejak kebelakangan ni kalau aku berpisah sekejap je aku jadi rindu. Aii lain macam dah tu, takkan jatuh cinta kot. tak mungkin lah kan. Cuma itu lah sekarang ni aku risau dia berkecil hati dengan keputusan yang buat ini. Khamis ni aku akan berjumpa dia untuk menjelaskan apa yang terbuku dihati selama ini, Tapi bagaimana kalau dia berkecil hati..

Khamis, 19 Januari 2012

Kisah Oren dan Biskut

Hai Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah kita masih lagi dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah yang maha kaya pada 19 Januari 2012 ini. Post untuk hari ini mengisahkan Oren dan Biskut

Nothing Special by the way saja nak cerita hari ini tepat jam 10 pagi aku bangkit dari tidur. Bingkas bangun dari katil terus aku capai tuala mandi dan ke kamar mandi. Sebenarnya hari ini dah janji dengan tinggi lampai Encik Yusneezam Yusoff untuk ke Bangi ambil sponsor minuman daripada Tropicana Orange Twister dan sponsor makanan ringan Jacob's Biskut di Nuansa.

Perjanjian telah dibuat untuk bertemu di Shell Greenwood Gombak pada Jam 1230pm. Saja aku bangun awal because timing is important katanya. Aku mandi dan bersiap siap jam menunjukkan tepat jam 11.45 minit pagi. Terus aku capai Bag yang sentiasa aku bawa kemana saja dan terus bergerak ke Shell Greenwood Gombak dimana berdekatan dengan rumah si tinggi lampai ini.

Tepat jam 1230pm dia tiba dengan Van :) Wow ! I thought you came with your Car kata aku. Lupa nak ambil food and beverages tu mana nak muat dalam kereta dia. Tanpa melengahkan masa kami bergerak terus ke Nuansa Film Sdn Bhd yang mana Office kami bekerja. Unfortunately trafik sesak semasa menghala ke Jalan Parlimen. Dipendekkan cerita kami tiba di Nuansa jam 1.25 minit tengahhari.

Good job sebab internship student dah get ready tunggu dekat bawah office dengan membawa 4 carton Biskut lalu kami membawa masuk ke dalam Van. Jadi kami terus bergerak ke Permanis Holding Sdn Bhd yang mana telah membekalkan tajaan minuman Orange Tropicana Twister. Dipendekkan cerita kami tiba disana jam 2.30 petang. Sebelum itu si tinggi lampai Encik Neezam ni singgah makan dulu di warung berdekatan kilang itu.

Lauk Nice katanya. Aku tengok pun memang menarik tapi aku dah makan jadi aku malas nak makan lagi. So bila kami dah ambil minuman tersebut terus kami bergerak ke Banting untuk dihantar ke Rumah Anak Anak Yatim yang mana pernah kami dan yang lain menjalankan pengambaran drama Bicara Hati yang lalu. Selesai saja disitu kami terus bergegas untuk pulang ke Kuala Lumpur bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

Tiba di Kuala Lumpur jam 5.30 petang. Terus ke Shell Greenwood Gombak dimana kami berjumpa tadi terserempak pula dengan Suria FM. Macam macam soalan ditanya untuk menang hadiah. Maaf lah tak dengar Suria jadi aku sepatah haram tak tau jawapan dia. Settle saja semua dia bergerak untuk pulang ke rumah begitu juga aku.

# Macam macam yang disembangkan dalam Van sebab bosan Radio Rosak. Haha thanks En Neezam

Isnin, 16 Januari 2012

Sukar untuk Menduga

Redha itu Ikhlas . Pasrah itu Menyerah

Alhamdulillah. Aku semakin boleh melupakan dia. Cerita antara aku dengan dia telah lama aku hapuskan. Aku lenyapkan dalam jiwa aku yang pernah ranap dan berkecai dulu. Siapa sangka tiap kali aku melihatnya hati aku bagai dihiris hiris. Itu lah perasaan yang aku sembunyikan selama ini. Namun dengan nasihat kawan kawan aku cuba dan cuba lagi untuk melupakan dia walaupun aku akan berjumpa juga dengan dia.

Alangkah indahnya dalam hidup jika aku hanya bertemu dengannya untuk satu hari, satu hari cukuplah dari aku menderita. Kadang rasa benci Kadang rasa rimas tapi bayangkan kadang itu rasa sayang sangat sampai tak terkata. Antara kenalan aku yang juga mengenali dia berkata usah lah kita berharap dengan cinta yang tak pernah dan tak akan jadi milik kita. tapi aku berdegil. Dia memberi sedikit harapan aku malah menjadi terlalu berharap.

Lalu aku berhenti berharap setelah terdengar kisah dia dan yang lain pada 9 Jan 2012 yang lalu. Aku pasrah pada yang maha esa. Andai itu takdirnya mungkin aku akan bertemu yang lebih baik lagi dimasa hadapan. Siapa tahu ? Aku meneruskan perjalanan hidup aku yang masih jauh berliku liku ini tanpa ada apa apa perasaan terhadap dia. Sekadar rakan biasa . Rakan sekerja itu sudah cukup buat aku gembira...aku cuba melunaskan impian yang masih belum tercapai di 2011 untuk tahun ini pula.

Isnin, 9 Januari 2012

Mencintaimu hanya Sia Sia

Assalamualaikum, Salam 2012. Sebelum itu nak wish Selamat Tahun Baru pada semua blogger di sini . Tak ada mood langsung sebenarnya nak taip 1st Januari yang lepas. Entah lah aku sendiri pun tak tahu kenapa . Langkah saja ketahun 2012 masalah baru yang mula datang . tiada sinar keceriaan langsung dalam hidup aku .

Lebih lebih lagi masalah dari dia. Orang yang aku sayang. Aku setia. Tapi bila aku dengar cerita dari mulut dia yang selama ini aku assume benda itu berlaku ternyata ia memang benar dan tepat sekali. Rasa terpukul dan kecewa dalam diri ini. Haih kenapalah dia buat aku macam ini.

Setiap hari aku terjaga dari tidur aku selalu memikirkan dia. Bila malam aku nak melelapkan mata aku terbayangkan wajah dia. Tapi untuk aku sebaliknya yang berlaku. Dia malah membuat aku rasa buntu dan kadang kala itu perasaan aku sakit gila. Mungkin benar apa kata sahabat aku seorang ini yang bernama wanita .

Dia banyak memberi aku kata kata semangat supaya aku sentiasa tabah. Kadang tu aku rasa macam nak jadikan dia sebagai orang tengah untuk memberitahu pada si dia tentang perasaan yang aku pendam selama ini. Tapi bila difikir balik macam tak perlu lah kot walaupun sahabat aku sendiri tahu aku memendam perasaan pada seseorang itu.

Hari demi hari aku berjumpa dengannya , kadang rasa pilu kadang rasa sayang , kadang itu rasa sakit sangat. Tapi bagi dia , dia macam tak ada apa apa yang berlaku...susah nak faham