Isnin, 29 Ogos 2011

yang terindah



Salam Sejahtera Kawan Kawan

Actually entry yang taip ni adalah untuk hari jumaat yang lepas bersamaan 26th August 2011 .
Aku bangun tepat jam 730 Pagi . DAMN !! aku dah lewat . Aku supposed bangun pukul 7 pagi sebab aku nak ke Cyberjaya dengan Abang Yus ( Production Manager ) dye dah pesan tidur awal kunci jam . tepat 8 pagi kene ada dekat station LRT Taman Melati . Dye dtg ambil . Kelam kabut aku pagi tu . Nasib baik lah baju semua dah aku iron .

Aku bergegas keluar ke rumah dan tiba di Station LRT tepat jam 8 pagi . Alhamdulillah . time itu pun si Kacak bergaya tu pun baru sampai . Bytheway aku suke tengok Abang Yus nie , dia nampak cool and smart :) HaHaHa !! So kami bergerak ke Cyberjaya untuk recce lokasi shooting untuk drama Bicara Hati by Osman Ali . So dalam kereta tu bersembang sembang panjang la . Dia cerita tentang dia aku cerita tentang aku . So masing masing tahu la sikit2 pasal Masing Masing .

Tiba d Cyberjaya around 930am . So kami pusing pusing la pergo office sana office sini . bila dah settle yang dekat Cyberjaya , dalam jam 1 lebih tu kami bergerak ke Tarantella Pictures . Aku mengantuk time tu so dye suruh aku tidur . Dia pun drive tak laju tak perlahan . relax jea . Sampai je Tarantella , seperti biasa la aku buat kerja aku dengan Ema and Anis . Buat buat kerja sampai la jam 530 petang . So kami bergegas la untuk ke Nuansa Film .

Bytheway harini ada berbuka puasa dengan Abang Osman Ali and Julian Jayaseela . So Ema dan Anis bergerak dulu pasal mereka naik motor . Aku dengan Abang Yus turun lewat sikit . Dipendekkan cerita kami tiba di Nuansa dalam jam 6 petang . Lepak lepak kejap baca majalah . then tepat jam 725 malam , kami berbuka . Penuh gelak tawa malam tu :)


Jumaat, 26 Ogos 2011

Minggu Akhir

Salam Sejahtera . Seminggu di Tarantella Pictures membuatkan aku rasa lebih mesra dan rapat dengan rakan rakan setugas aku . HeHe . Termasuklah Abang PM aku . yang hari hari nampak smart datang ke office ! HaHaHa . Minggu ni mungkin minggu akhir dekat Tarantella , lepas ni dah back to Nuansa Film sebab kerja kerja dekat Tarantella dah settle .

Minggu ni jugak Minggu akhir bagi Drama bersiri Ramadan Terakhir lakonan hebat Esma Daniel , Fazlina Ahmad Daud dan Tasha Shilla Razak . Seronok layan drama ni , penuh emosi konflik keluarga . Minggu ni juga adalah minggu terakhir buat semua umat islam untuk berpuasa bagi tahun 2011 ini . Lepas pada minggu ni dah Raya . Sabtu pagi aku akan bertolak ke Melaka untuk beraya bersama Keluarga tersayang

Salam Aidilfitri buat semua semua kawan kawan yang kita sayang :)

Sabtu, 20 Ogos 2011

Tahukah Anda ???

  • KAMU YANG BERTUBUH GEMPAL
Elakkan memilih fesyen bercorak sarat kerana itu akan menampakkan bentuk badan yang lebih besar . Sebaiknya pilihlah corak berjalur lurus atau menegak yang akan membuatkan badan lebih langsing .

  • KAMU YANG KURANG TINGGI
Corak yang sesuai ialah corak menegak yang akan memberikan kesan tubuh untuk kelihatan lebih tinggi . Kamu seharusnya membiarkan leher kamu bebas daripada aksesori kerana leher yang kosong akan menampakkan tubuh kamu lebih tinggi

  • KAMU SI TINGGI LAMPAI
Lebih sesuai jika kamu memakai baju yang bermotifkan bunga dan corak yang agak besar supaya kamu nampak lebih menarik dan cantik

  • KAMU SI KECIL MOLEK
Cuba pakai kebaya pendek yang menampakkan susuk tubuh tanpa padanan aksesori yang sarat kerana ia hanya akan menenggelamkan diri kamu . Warna cerah adalah sesuai untuk kamu .

  • KAMU YANG BERKULIT GELAP
Hindari warna warna kusam seperti hitam atau coklat gelap . Cuba lah warna warna seperti biru atau ungu muda agar kamu nampak lebih anggun di pagi raya

  • KAMU YANG BERKULIT PUTIH
Kamu sesuai menggayakan sebarang jenis pakaian . Warna yang terang dan ceria juga amatlah sesuai untuk kamu .


Selamat Mencuba !! Salam Aidilfitri

Jumaat, 19 Ogos 2011

Nikmat Ramadhan

Haii semua (^^,)

tepat jam 830 pagi aku dah buka mata , terus bangun dan mandi bersiap siap . Pagi ni aku nak ke rumah eddy , dia ada tinggalkan barang barang dapur untuk rumah aku . So dalam jam 9 pagi aku bersiap ke condominium dia . Aku tiba di sana terus naik ke tingkat 22 . Eddy tak ada , kerja . Barang barang dapur semua dia dah pack kan dalam satu paper bag besar . Homaigod ! Banyak gile . Aku ingat barang dapur apa jea . and ade 1 envelop berisi voucher subway and duit belanja . haha xoxo for you Mr !

Then aku turun bawah pulang ke rumah , aku simpan semua barang itu dalam freezer , ada butter , sos cili tomato , ada omega egg , espresso , maggie hot cup , corn flake dgn honey star . haha macam kanak kanak . ada apa lagi ntah . Lepas dah simpan semua tu . Aku gerak haqq , ajak dia teman aku survey company kereta mewah dekat Genting Klang . Dipendekkan cerita aku tiba di sana around 11 15 pagi . Aku masuk dalam office , and berjumpa dengan Operation Manager .

Actually nak tanya tentang sponsorship untuk shooting lepas raya ni . mengambil masa dalam 1/2 jam dekat office tu . Settle je dekat office IBM tu aku terus bergerak hantar Haqq balik rumah . And aku bergerak ke office . Tiba di office aku lepak kejap tunjuk dekat Kak Ina tentang company kereta mewah itu . And dalam jam 1 tengah hari aku dan Kak Ina bergerak ke RTM Angkasapuri untuk telemovie Sentuhan Isabella .

Balik pada RTM dalam jam 230 . Dekat office harini aku settle kan surat sponsorship jea . Call sana sini nak dapatkan sponsorship . Harini aku dah janji dengan Kak Ina nak berbuka puasa dengan dia and yang lain . So aku reserve seat untuk 6 pax dekat The Ship Chop and Steak . Tepat jam 530 kami pulang kerja , aku balik rumah dulu manakala Kak Ina and yang lain terus ke sana . Aku tiba dirumah mandi mandi dulu then aku bergerak ke sana .

Ontheway tu , Kak Ina pesan beli kan Rangka Ayam 4 Ketul . Wow banyak nye diorang ni nak makan . Hehe , Santapan malam tu , Chicken Chop and Jus Tembikai ja . Sembang gelak gelak dengan diorang semua sampai la 8 30 malam . So bila dah habis makan tu , kami pun nak balik la , Si dawlad kalut nak gerak nak gerak . hahaha .

Rabu, 17 Ogos 2011

Kelam Kabut

Pagi ni aku bangun seawal jam 9 pagi , terus aku ke kamar mandi untuk mandi dan bersiap siap untuk ke pejabat . Aku terlupa dan terlepas untuk bagun sahur pagi ni . So aku rasa cume malam tu aku makan saandwich je . air pun aku minum air masak . Jadi la tu . So aku terus bersiap siap , aku capai kemeja hijau bunga bunga di dalam almari dan terus memakainya .

Aku keluar dari rumah jam 10 pagi , dan tiba di office tepat jam 1035 . DAMN ! aku terlupa nak deposit kan cheque yang Boss bagi semalam . Aduh kalau nak pergi bank in aku dah malas dengan jalan jammed lagi . So aku terus naik ke pejabat . Button no 4 aku tekan dan lift menuju ke atas . tiba saja diatas...

ADUH !! Kunci takda lagi . Kalau hari hari la macam ni mau tak gila aku . Orang yang pegang kunci pejabat tu tak sampai sampai lagi , tak lama lepas tu Kak Ina , Emma , and 2 lagi rakan kerja aku sampai , So bila call Abg Osman . Dye cakap dye dekat Puchong . Damn . Memang lama la nak tunggu dia datang pejabat . Jadi kami berlima jalan jalan la dekat Central Market tu dulu . Lepak dekat kedai makan tu duduk duduk tak minum pun . PUASA LA ! Dalam setengah jam lebih kemudian baru la Abang Osman datang bagi kunci .

So aku pun melangkah bergerak untuk masuk ke office . By the way harini memang banyak sangat kerja nak kene settlekan . Firstly aku nak kene continue translate skrip Bicara Hati episod 17 . nasib baik ada 2 3 page lagi . then aku terus fax surat surat untuk sponsorship shooting drama Bicara Hati ni la . Banyak juga yang aku fax , lepas habis fax aku terus sambung kerja buat surat untuk sponsorship and call call and call untuk dapatkan keputusan penerimaan . Nasib baik ada Abg Yus as a Production Manager untuk drama itu yang tolong tolong aku sikit .

Dipendekkan cerita busy bagai nak gila sampai tak sedar jam dah menunjukkan pukul 530 petang . So aku dan yang lain berkemas kemas la untuk pulang ke rumah . Aku pula nak shoot ke Bukit Bintang untuk download game dalam iphone . UNFORTUNATELY cuaca tidak mengizinkan aku kesana . Hujan lebat gilaa...dekat sejam ku berteduh di Caltex depan Concord Hotel tu . At last aku redah juga pulang ke condo . Tiba di condo , aku tinggal kan Bag aku di Security Counter and terus ke Secret Receipe The Mall untuk menikmati juadah BERBUKA PUASA

Assalamualaikum...

Isnin, 15 Ogos 2011

yang terindah

..Wake up with the BIG Smile for today..

Harini aku bangun tidur seawal jam 8 pagi . Actually nak pergi hantar Haqq ke tempat kerja nya . Jadi aku cuci muka dan terus bergerak ke tempat kerja Haqq . Balik je rumah aku terus on lappy , macam biasa la , facebook / twitter addicted :) aku check email dulu tengok tengok apa yang ada . Sambil diputarkan lagu Last Friday Night by Katy Perry . Kuat kuat aku pasang lagu tu pagi tadi .

Sementara nak masuk kerja jam 11 pagi . Awal lagi baru jam 9 pagi . Aku lepak dulu online , sembang sembang . Dalam jam 930 pagi aku bingkas untuk mandi dan bersiap . Hari ni isnin , selalu nya aku akan memakai office attire ke pejabat , tapi pagi ni aku malas , so aku dressup simple je . Tshirt dengan jacket coklat pun dah cukup untuk pagi isnin yang indah ini .

Tiba di office jam 1040 pagi . Miss Jenny dah sampai . So aku pun terus masuk dan mulakan kerja yang belum siap . Harini aku buat editing skrip untuk Drama Bicara Hati episode yang ke 17 . Tak lama lepas itu 3 rakan sekerja aku tiba . Yeen , Ema , and Dawlad . Diorang ni memang happening . Masuk air suke gelak gelak . tambah pulak kalau ada lagi sorang Anis , masuk pulak dengan Kak Ina lagi la terbelahak gelak dalam office .

Dipendekkan cerita kami pulang jam 530 petang . cuaca agak gelap masa tu , hujan gerimis . Aku meneruskan perjalanan pulang ke rumah untuk bersiap siap ke bazaar ramadhan .

Bye people ! :)

Sabtu, 13 Ogos 2011

The best damn thing

Haii readers ! What's up !! Have a good day yeah .

Wow its 13th Ramadhan . Alhamdulillah , dalam masa 13 ramadhan ni banyak perkara yang sukar dan senang telah aku lalui . Namun aku berjaya hadapi nya dengan tabah . And now aku dah bebas daripada segala galanya . Aku dah tak perlu nak membebankan diri aku untuk orang lain . Tak perlu nak jaga hati orang lain . Apa yang aku nak lepaskan selama ni dah pun aku lepaskan . dan aku tak kisah ape yg berlaku . Dia yang buang aku sebagai member dye , aku tak rugi xde member macam die . #DamnItsTrue

And sekarang aku pun dah mula bekerja .Aku bekerja di Sebuah company production tv and film . kira behind the scene la , sebagai Assistant Line Producer di Nuansa Film Sdn Bhd , company by Osman Ali the director . So far kerja aku boleh tahan . aku suke , dan aku harap ia berterusan . Bulan ramadhan ni banyak betul cerita cerita menarik dekat tv kan . Rutin harian aku Isnin - Jumaat memang kerja la , jam 11 pagi masuk kerja , kadang kadang outing kesana kemari , seronok kerja dalam bidang tu , bahagian production , jumpa artis sana sini .

Dalam masa 3 bulan lebih aku akan berikan yang sebaik boleh untuk company Osman Ali itu . Bulan puasa ni , time berbuka kadang tu berbuka dekat rumah je , pasal nak tengok drama dekat tv3 . Kalau rasa nak makan luar , kalau rajin aku keluar la , bukan ape dekat rumah pun complete semua ade dapur ade , tinggal masak je . Lagi pun housemate2 aku semua reti masak . aku ni tak lah duduk ramai sgt . 4 orang je :) So rumah pun tak bersepah .

So lepas aku dah lupakan semua nie , aku harap dia tak akan kacau hidup aku lagi , dan aku pun takkan terima die dalam hidup aku lagi . itu janji aku . dia dah buang aku dan tak mungkin dia nak jilat balik kan . From now on I am the Happiest Man in the world because two Annoying people is now out of my life . Alhamdulillah . Terima Kasih Allah