Jumaat, 29 April 2011

Working Time



Entry kali ini mengisahkan aku ejoy dan nina yang memulakan hari pertama berkerja dengan penuh gelak ketawa . HAHA . Kami bertiga masuk tepat jam 11 Pagi harini . Perkara pertama yang kami rasa perlu ade perubahan ialah punch card . HAHA mana tak nya punch card pun dah season . Time nak punch , dia kick keluar balik , paksa paksa masuk pun keluar jugak , kalau dah datang pukul 1045am macam tu mau tak pukul 1130 baru punch tu dapat masuk .

Aku ditugaskan sebagai bartender di Noodle Station , maka tugas aku cuma membuat segala jenis minuman seperti ice blended , juices , milk shake semua itu dan termasuk dessert , selain itu juga aku memastikan bar berada dalam keadaan bersih . HAHA ejoy pula ditugaskan untuk membantu chef dan merangkap menjadi chef satu masa nanti di dapur . Ejoy pun dah pandai masak dah sekarang . HAHA

Nina pula ditugaskan sebagai waitress , dia lah yang kene ambil order , angkat semua pinggan and sapu sapu di ruang dalam restoran . Perkerja perkerja dekat Noodle Station ni pun semua okay okay . Semua masuk kepala , Masuk air , HAHA . Mana tak nya banyak yang umur nye sama dengan kami . Cuma yang dekat dapur tu je lah up sikit . Hehe .

Time break ke time tak break ke , kami ni MAKAN MAKAN MAKAN . HAHA pesan je lah dekat chef yang sorang tu nama nye Pau , he's from Myanmar and chef sorang lagi gemar dipanggil Jat yang mana kekasih nya juga adalah cashier and boleh membantu aku di bar iaitu Farhana . Senior senior diorang ni . Hehe . Time kerja makan time break makan , kalau 2 weeks kami kerja sini . Mau tak gemok . HAHA memang kelauuttt lah jawab nye

Nina akan masuk jam 11pagi dan pulang pada jam 10malam . Yeah dia kan perempuan so mesti mama die memekak kalau balik lewat lewat malam . So aku dengan ejoy je lah yang balik lepas closing , iaitu antara 1230malam - 100 pagi :) Well so far kerja dia itu tak ade lah memenatkan sangat . Kerja relax , time x ada customer boleh lepak lepak nak smoke ke . Minum Minum ke . HAHA boss pun okay . everything is perfect lah senang cakap . Hehe ^,^

p/s : Kalau nak tau muka boss kami macam USOP WHEEL CHAIR kihkihkih tu yang besstt !!

Rabu, 27 April 2011

Yes ! Saya diterima berkerja !!


Selepas aku berhenti daripada Rum Jungle , Alhamdulillah aku diterima untuk berkerja di sebuah restoran / cafe yang popular juga di sekita Kuala Lumpur ini iaitu Noodle Station . Malah bukan aku seorang saja yang diterima . 2 rakan ku ejoy dan nina juga turut sama diterima berkerja disitu . untuk 2 minggu yang tengah cuti semester ni kami bertugas sebagai full time waiter and waitress .

Bile dah start semester baru nanti baru lah kami ni jadi part time . untuk full time ni kitorang masuk kerja pada jam 11pagi hingga lah 12malam . Break hour selama 2 jam . So boleh la nak balik ke nak buat ape ape yang patut . Noodle station ni adalah restorang yang terkenal dengan mee buatan sendiri . Mee yang sangat unik dan tidak ade di tempat lain .

Alhamdulillah gaji pun okay , boss pun okay . nampak macam senang je nak bodek boss bagi naik gaji . HAHA . mane lah tau kot kot dapat bonus ke . Lokasi dimana aku berkerja ini terletak di Danau Kota . Noodle station ni berada di sederetan dengan Old Town White Coffee . So anda semua yang nak makan mee yang pedasss lazat ni boleh la berkunjung ke restoran ini yeah :)

Selasa, 26 April 2011

something special to me

Pagi ni aku bangun dari tidur seawal jam 830pagi . terus aku mencapai handphone di tepi katil , masih belum ade reply daripada nya . marah dekat aku ke ? ini tak lain tak bukan pasal haritu . hmm biar lah malas nak fikir . pagi ni mama buat breakfast Nasi Lemak . Sedap nye . sayang nye aku balik kuala lumpur harini . so dapat makan sepinggan je lah .

setelah aku bersiap siap . tepat jam 10 . Mama hantar aku ke Melaka Sentral . bus aku tepat jam 1130pagi . sementara menunggu , aku lepak minum di mcd dulu . sekali lagi aku cek handphone , masih tiada reply disitu . hmm tentu dia marah pada aku dan fikir yang bukan bukan pasal aku . Malang betul nasib aku . ingat kan aku dah dapat jadi yang terbaik untuk dia . tapi masih ade langkah langkah yang perlu aku hadapi .

Aku naik bus jam 1130pagi , dalam bus aku melelapkan mata memikirkan perkara ini . kadang kala aku ingin terus membuat keputusan dengan mengundur diri dan tinggal kan segalanya . tapi aku tak boleh buat semua itu . membuat keputusan itu adalah sesuatu perkara yang sukar bagi aku . sering aku terfikir benarkah ape yang aku lakukan semua ini . adakah ini yang terbaik dalam hidup aku .

Kadangkala serik untuk bersama itu sementara . lepas tu aku kembali mengharapkan sesuatu yang tak pasti . aku tiba di kuala lumpur jam 130 tengah hari . terus menuju ke station LRT bandar tasik selatan dan bergerak ke titiwangsa . Tiba di titiwangsa gary menjemput ku dengan penuh semangat . terus dia hantar aku ke condo sahabat ku ini . tertidur aku do condo itu sehingga jam 630 petang . kali ini msg itu di balas . tetapi sepatah sepatah saja dijawabnya . aku tau die marah dengan aku

aku bangun dan terus call syaza , nasib baik syaza ade dirumah , aku bergegas mandi dan terus ke rumah syaza . singgah sebentar di kedai makan bawah murni itu , maggie tomyam dan teh ais menjadi santapan aku petang ni . makan di rumah syaza . selesai makan , syaza dan sepupu nya liyana atau gemar dengan panggilan nana mengajak ke mcd . wifi di rumah itu tibe2 tak dapat . lepak di mcd ampang park hinggaa lah jam 12 .

p/s : im sorry . trying to be the best to you .

Selasa, 19 April 2011

my Monday was perfect

Hey peeps ! selamat membaca yeah :)

entry seterusnya mengisahkan aku yang plan untuk keluar chill dengan member yang sorang ni dekat salah sebuah tempat yang menjadi tarikan bagi semua pengunjung yang berkunjung ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia ini . Dataran Pahlawan Melaka Megamall . Rugi bagi mereka yang datang Melaka tapi tak berkunjung ke sini .

Pagi ni aku bangkit dari tidur seawal jam 11 Pagi . HAHA bangun bangun je . rumah kosong . xde sape . adik sekolah , abah and mama pulak dah pergi kerja . So aku bingkas bangun dari katil terus mandi . lepas mandi breakfast dulu . ade Roti canai 4 keping atas meja tu aku sapu . HAHA . then aku tengok tv kejap layan hitz kat astro . sumpah sangap bosan gile pagi isnin ni .

terus aku contact member aku sorang ni . Rizal Ashraf . ikuti perbualan kami..

Rizal : halu !

Aku : beb kau katmane ? kerja ke ?

Rizal : aku kat rumah doe , harini off duty . boring doe harini . kau x balik ke ?

Aku : cun ! Aku kat Melaka ni . jom ar kita chill kat mana mana . boring doe !

Rizal : ahaa serius ? aku on je , alang alang dah cuti ni . nak lepak mane ?

Aku : aku ingat nak cari beg , kite g dataran ok ?

Rizal : okay gak uh . sampai sana kite plan la nak kemane pulok HAHA . okay ?

Aku : oraitt

Rizal : okay kalau mcm tu dalam 1/2 jam lagi aku ambil kau . Siap cepat sikit ! aku bg mase dari skrg

Aku : HAHA okay okay

Setengah jam lepas tu Rizal datang rumah . dipendekkan cerita kami sampai dataran jam 1250 minit tengah hari . Lokasi untuk aku cari beg sudah tentu di Padini kan . Beg jenama seed yang dah lame aku aim . HAHA . finally aku beli . lepas beli beg . Rizal ajak makan dekat Nasi Lemak Antarabangsa . Ntah kenape tibe tibe sangap nak makan tu . Dekat tempat kerja punye dekat taknak pulak makan nasi lemak kat situ . Nasi lemak makcik tu tak show kata Rizal yang bekerja sebagai Customer Service di Maybank Ayer Keroh Melaka .

HAHA memang hari bertuah aku hari ni sebab makan pun orang payung . Nasi lemak dye not bad. pedas berhantuuu . haha . So dah puas makan . kami plan nak tengok movie pulak . yang ni biar aku pulak yang belanje . So kami terus bergerak ke tingkat 5 dataran pahlawan untuk membeli tiket . kami decide untuk menonton filem Just Go With It . Movie jam 215 minit petang . Sementara menunggu aku layan Rizal ni shopping baju dye pulak . Nak beli baju mengalah kan perempuan . HAHA

Kami masuk ke dalam GSC Hall 4 , boleh tahan la movie tu . movie tamat jam 400 petang . Keluar je daripada dataran , perjalanan diteruskan ke Hatten Square Megamall yang mana baru saje dibukan berberape bulan lepas . gempak jugak lah hatten square ni pasal dia ade jejantas daripada Megamall melaka ni ke hatten square ni dan terus ke hotel hatten itu . HAHA . ntah Rizal ni nak cari cover untuk ipad dye . so kami round round lah kat dalam tu . actually hatten square ni lebih kurang macam low yat dekat kuala lumpur tu . cume dye ade butik butik sikit .

So dah settle semua . jam pun menunjukkan 645minit petang . aku decide nak balik lah begitu juga dengan dia . So dia terus hantar aku pulang kerumah . tibe dirumah jam 730 minit malam . HAHA letih gile tapi happy lepak dengan dia hari ni . tiba dirumah aku mandi and bagi rabbit makan .

p/s : thanks Rizal for the lunch :)

Ahad, 17 April 2011

Gelagat kami di LRT

Entry kali ini mengisahkan aku dan sahabat baikku Faidiel Danial atau aku lebih suke dengan panggilan dil . Actually tengahari 17th April 2011 ini kami berdua akan berangkat ke Melaka bersama 3 orang member yang lain yang mane salah seorang nya adalah sepupu dil ni . Nak dipendekkan cerita kami keluar dari rumah pada jam 145 minit tghhari . terus bergerak ke carefour ampang bersama firdaus dan yaya .

Lunch sekejap dekat situ . then hantar yaya ni balik ke rumah nya yang terletak di bukit saga Ampang . Lepas itu si daus ni pulak yang akan hantar aku dan dil ni ke stesen lrt yang berdekatan iaitu lrt ampang . Then kami berdua turun dan terus bergegas nak beli tiket sebab 3 orang lagi dah ade dekat stesen masjid jamek . So bile dah beli tiket kami terus menunggu di aliran sri petaling yang mana akan membuat stesen pertukaran di chan sow lin untuk ke bdr tasik selatan .

Bile dah naik lrt ni and bile dah sampai ke chan sow lin . kami berdua terus la tunggu dekat platform 2A pasal operator tu kate pertukaran ke sri petaling kat 2A . then bile lrt tu sampai . kami boleh tak perasan yang itu lrt ke ampang . actually lrt tu supposed ade 2x . 1st yang ampang then 2nd baru sri petaling . yang kami ni dengan confident nya terus naik . bile dah gerak . tengok2 patah balik ke stesen Miharja , mak aii patah balik ke . so kami decide turun dekat miharja nak tukar ke platform sebelah .

Tibe tibe pekerja dekat situ bagitau tak boleh masuk nak tukar suka suka hati sekarang , dia suruh kami pergi naik balik terus ke stesen Maluri then baru tukar ke platform untuk ke chan sow lin . Haiyoo dengan nak tunggu lrt ni punya lah lame nak mampos . so dalam berberapa minit lepas tu lrt sampai then kami terus lah ke Maluri and tukar ke platform sebelah . Yang ni lagi tak boleh blaa . Mase kami nak tunggu lrt ke chan sow lin ni . ade mamat nepal ni dtg tny si dil ni yang die nak pergi ke jalan selatan .

aku pun pelik celah mane ade jalan selatan kat stesen ni . confused lah yang die nak ke salak selatan ke bndr tasik selatan , HAHA si faidiel ni punye lah baik hati dah mcm abg dye si nepal tu dibuatnya . die pergi ajak sekali ikut kami alang alang kami nak ke bdr tasik selatan . si nepal tu belum tentu nak ke sane . HAHA . time tu aku ni tgh blur blur sikit sbb bnyk kali silap train . tak lame lepas tu lrt sampai . bile lrt sampai notice kat situ ke Sentul Timur . dalam kepala aku masih ingat nak ke Sri Petaling . aku lupe yang nak tukar ke chan sow lin dulu .

So bile lrt berhenti kami and mamat nepal tu masuk then bile tgk laluan destinasi aku dengan confident ckp salah . faidiel pulak tak berapa nak tau sgt pasal lrt ni sbb jarang naik so dia pun ikut confident dgn ckp aku . so kitorang keluar . yang si faidiel ni boleh ajak nepal tu keluar sekali . siap cakap " Mari mari , ini train salah " HAHAHA pecah perot aku lah dengar bende ni hehe . nepal tu pun ikut je laa kami . actually lrt itu betul kate faidiel tadi . haha tension je dye . saja aku usik die kate tu abang dye siap nak ajak ajak lagi . tergelak gelak kami kat situ .

So tak lame lepas tu lrt itu sekali lagi sampai dan kami terus masuk bergerak ke chan sow lin and tukar ke sri petaling terus ke bandar tasik selatan . HAHA . tiba di bdr tasik selatan terus jumpe dengan sepupu dil ni si Aisar and 2 orang member dye yang ikut sekali nak ke Melaka . malas nak buang buang masa kami terus bergerak ke Terminal Bersepadu Selatan yang baru saja dibuka . Beli tiket bus jam 600 petang . sementara menunggu kami berlima lepak makan makan dekat KFC dulu .

Settle je makan terus bergerak untuk menaiki bus yang tengah tunggu , bas bertolak jam 610 petang . dan tiba di melaka tepat jam 740 minit malam . Haihh letih tapi best gile lepak dengan korang :)

Sabtu, 16 April 2011

Warkah buat Mama

Mama..

Betapa hati ini ingin mengucapkan terima kasih kepadamu atas kesanggupanmu memikul segala bebanan dan kesusahan mengandungkan diri ini dalam kandunganmu selama berbulan-bulan lamanya, terima kasih atas pengorbananmu menanggung keperitan untuk melahirkan diri ini ke muka bumi sehingga sekarang . Terima kasih kerana kelembutan hati mu menjaga diri ini saat diri ini masih lagi bayi , kesabaran mu menyuapkan nasi ke mulut ku ini , setia bersengkang mata menahan tidur kerana ingin diri ini tidur dahulu . terima kasih atas kerajinanmu melatih aku berdiri , berjalan dan berlari dengan sebaiknya termasuklah kepetahanmu mengajarku bertutur sedikit-demi sedikit tanpa jemu dan malas walau yang mampu disebutku ketika itu hanyalah tangisan , terima kasih atas kesabaranmu melayan kerenahku yang pastinya lebih banyak menyusahkan dirimu namun dikau sentiasa mengukirkan senyuman kasih-sayangmu yang tidak berbelah bagi ke atas diriku , terima kasih kerana pergorbanan itu masih berterusan…

Saat diri ini sudah mendapat pendidikan ternyata dikau masih sanggup meluangkan masamu menemakan diri ini walau tugasmu yang lain masih banyak yang belum diselesaikan , bahkan setelah pulang dikau menyediakan makanan kegemaranku dengan tanganmu yang tidak pernah kenal erti penat dan malas untuk terus memberikan yang terbaik untuk diriku, dikau jua sering gelisah andai aku ditimpa musibah dan masalah dalam hidupku, betapa kasih sayangmu sering menjadi benteng kemarahanmu andai ada salah dan silap yang kuperbuat , kasih sayangmu tidak pernah berubah dan ia sentiasa hadir dalam sikap dan tutur bicaramu sejak diriku masih kecil hinggalah dewasa, Kasih sayangmu jua sering menjadi pengubat kesedihanmu jika ada perbuatanku yang tidak dikau senangi bahkan dikau sering menyembunyikan kesedihanmu itu jauh di sudut hatimu hingga ia terus lenyap lantaran kasih sayangmu yang cukup tebal tersemat dalam jiwamu .

kasih sayangmu juga menjadi kekuatanmu untuk berdepan dengan segala kesulitan yang muncul semasa menjaga diriku dan dikau tidak pernah mengatakan bosan untuk menjaga seorang insan yang bergelar anakmu ini bahkan kegembiraan demi kegembiran , kepuasan demi kepuasan yang sering dikau rasakan lantaran hadirnya bukan hanya diriku seorang tetapi 3 orang semuanya . Betapa ALLAH telah menunjukkan kasih sayang-Nya dengan memberikan diri ini seorang manusia yang bergelar MAMA

Wahai mama yang aku sayangi dan hormati ,

Hari ni diri ku ini semaki meningkat dewasa , seringkali segala pengorbanan mu itu aku lupa sedikit demi sedikit , maafkan diriku jika pernah membuatkan dikau tidak lena tidur memikirkan diriku yang sudah kurang menghubungimu , maafkan diri ini jika pernah menguris hatimu mungkin kata-kataku yang tidak dikau sukai , maafkan diri ini jika pernah membuatmu menangis mungkin tingkah laku atau keputusan yang ku perbuat tidak seperti yang dikau inginkan , maafkan diriku jika pernah membuatmu kecewa lantaran kesilapan yang ku lakukan dihadapanmu , maafkan diriku jika pernah kupaparkan keegoanku dihadapanmu lantaran tidak bersetuju sesuatu perkara denganmu , maafkan diriku jika pernah kutinggikan suaraku ketika berbicara denganmu hingga airmatamu mengalir tanpa pengetahuan diriku .

Sudikah dirimu memaafkan anak mu yang nakal ini Mama...

Akhir kata buat Mama , terima kasih sekali lagi kerana memberi kasih sayang dari kecik sampai lah masuk ke sekolah , masuk ke college , sampai anak mama ini boleh rasa naik kapal terbang , sampai akhir hayat ini jasa mama tak mampu ku balas . ILOVEYOUSOMUCH MAMA !!