Rabu, 23 November 2011

Dengan perlahan ku lenyapkan

Rindu . Cinta . Sayang . Kasih . Ikhlas .

5 perkara ni aku sentiasa pahatkan dalam hati aku hanya untuk dia . tak kira lah apa orang nak kata , aku hanya lalui apa yang berlaku dalam hidup aku . aku dah tak fikir benda lain lagi dah . Tapi semuanya berubah bermula semalam . Setelah apa yang aku lihat dengan mata kepala aku sendiri . Walaupun aku tahu dia sudah menjadi milik orang lain . Malangnya dia masih bersama orang lain juga , langsung terus hilang 5 rasa aku pada dia .

Haihh apa lah nasib badan . Sebenarnya aku dah lama memerhatikan gerak geri si dia . Aku tafsirkan dan apa yang aku dapat sama dengan apa yang aku fikirkan . Memang benar lah dia sebegitu cuma dia tidak tunjukkan di khalayak ramai . Kenapa lah dia tak pernah tanya aku kan ? Perlahan perlahan aku cuba untuk lenyapkan bayangan wajah dia dari minda aku . tapi ternyata aku tak mampu untuk semua itu

Semakin aku cuba untuk melupakan dia , semakin aku mengingati diri nya . Andai aku tidak boleh melupakan dia paling tidak pun aku cuba dengan perlahan aku lepaskan . Perasaan kecewa aku bertambah apabila aku terbaca sebuah statement di laman sesawang facebook dia yang mana membuatkan hati aku berdebar debar kerana secebis perkataan sahaja . Jiwa ranap hati berkecai aku membacanya...


Selasa, 22 November 2011

Festival Filem Malaysia - 24




Sebelum masuk ke dalam dewan Plenary terserempak pula dengan Kamal Adli




Tamat sudah FFM 24 - Makan with Artis artis jemputan Woww ! Scha al Yahya !



Im proud you to be My Boss Mr Osman Ali



for more pictures log on to
www.facebook.com/zulsham


Khamis, 17 November 2011

Forever 21

Yeayy its my Birthday ! Dah lama aku tunggu saat ini . Tanggal 17 November ini adalah hari yang paling bermakna bagi aku . Selama 21 tahun aku hidup di muka bumi ini macam macam dah aku lalui . Macam macam lah yang jadi . Aku selalu berharap agar kehidupan aku ni sama seperti kehidupan mereka yang lain .

Entah lah tiba tiba pula aku fikir tentang tu . Aku susun elok elok baik baik perjalanan hidup aku . Andai kata aku jatuh , aku bangkit semula . Namun aku gagal dan jatuh lagi . Aku bangkit lagi meneruskan perjalanan hidup aku ini . Sehingga sekarang aku masih lagi menaruh harapan pada si dia yang menjadi kepunyaan orang lain .

Aku tahu dia bukan untuk aku . tapi aku pun tak tahu kenapa aku sering teringat kan dia saja . Macam dah tak ada orang lain kat dunia ni ? Kadang kala bila terfikir balik , rasa macam menyesal . Tapi menyesal tu sekejap . Yang jadi sekejap itu sebab dia pun bagi harapan pada aku . aku tertanya tanya dia fikir benda yang sama ke ?

# Happy Birthday to me

Isnin, 14 November 2011

Puas

Lama juga aku tak menaip di ruangan ni . bukan apa busy sikit sampai tak terbuka laptop ni . Hari hari aku di permulaan November ni agak suam suam kuku sikit . Kejap happy , kejap tak happy , kejap tension stress semua la . Entah la , nampak jea okay . tapi serabut sebenarnya memikirkan perkara ni . Aku pun tak tahu lah perasaan apa yang sedang aku rasa ni ?

Ujian dari tuhan ke ? Bila aku mula nak mesra dan lebih mendekati dia , masa itu juga lah aku dengar cerita yang bukan bukan pasal dia yang mana 100% buat aku rasa tak jadi nak mendekati dia . Macam tak percaya . Betul ke apa yang mereka cerita . Kalau betul aku adalah orang paling rugi sekali . tapi kalau tak betul aku lah yang beruntung

sekarang ni aku pun tak tahu mana arah tuju lagi . aku cuba berikan yang terbaik untuk dia . dan dia cuba sokong aku dari belakang . sejak akhir akhir ni dia jadi pembakar semangat aku . Ada saja yang dia nak advice . Tapi dalam hati aku masih lagi rasa kecewa dengan cerita cerita yang dilontarkan oleh orang ramai

Malam 13 November 2011 aku ke Desire . Masih lagi dalam pembikinan menembak drama bersiri arahan Osman Ali . dipendekkan cerita lepas jam 1pagi dah nak habis tu aku lepak jumpa member kejap . tengah tengah lepak ada lah lelaki inggeris ni peluk dari belakang . i think his drunk so aku pun layan la . tapi tengok balik tak mabuk pun mamat ni .

Yang best nya dia macam tau tau jea aku nak release tension kan . Macam macam die beli untuk aku . Yang member aku ikut jea apa dia cakap . Memang ting tong lah aku malam tu . apa yang berlaku selebihnya tak boleh cerita lah . agak private sikit . Haha . yeaah cuma aku rasa puas lah.

Sabtu, 5 November 2011

Menunggu Menanti cinta yang telah MATI

Satu persatu telah aku hapus cerita lalu diantara engkau dan aku . dua hati ini pernah percaya seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga . aku tak ingin lagi menunggu menanti harapan untuk hidup kan cinta yang telah mati . aku tak ingin cuba hanya untuk kecewa rela bersenyum rela aku bersandiwara .

aku ingin pergi dan berganti hati . satu persatu telah aku hapus nada dan lagu yang dulu aku cipta untukmu . rasa yang dulu pernah ada kini berdebu terbelunggu dusta dan noda . aku tak ingin lagi menunggu menanti harapan untuk hidup kan cinta yang telah mati . aku tak ingin cuba aku telah kecewa . rela aku bersenyum rela aku bersandiwara .

kini aku sedari diri ini ingin berganti hati . cinta yang telah pergi harus berganti hati . harus aku ganti hati aku ini . YA harus aku ganti .

Jumaat, 4 November 2011

Biar PLASTIK . Jangan PLASTIK SAMPAH

Hai semua Assalamualaikum . Ahamdulillah kita dah pun melangkah ke bulan November . Pejam celik kejap jea dah tukar bulan kan . Firstly syukur lah hari hari aku sejak dua menjak ni quit okay lah . setelah aku susun perjalanan hidup aku , aku atur baik baik . lalu aku mampu mengatasi segala yang berlaku dalam hidup aku .

Semua nya dapat aku tepis dan tangkis . Huh ingat selama ni aku diam jea , dia nak pijak kepala la . Tua tak tua . Treat me nicely if you want me to treat you nicer . so respect me if you want me to respect you. Simple kan . tapi kalau dah depan depan macam malaikat . belakang macam syaitan nak buat apa kan . Plastik sampah lah cerita dia kan .

Untuk beberapa minggu ni aku banyak menghabiskan masa di rumah Datin untuk scene Perkhawinan Tengku Syahran dan Zahlia dalam watak Bicara Hati . Agak sibuk juga lah . ramai crew crew yang aku dapat lihat letih dan lesu . especially crew teknikal lah kan . mereka lah yang tak henti henti buat kerja . aku rasa time relax diorang cuma waktu lunch , tea time , dinner and supper je .

Tapi nak buat macamana kan , kerja tetap kena kerja . 2 hari untuk scene wedding tu . selesai je semua fuhh semua rasa lega . scene wedding itu pun nampak sangat meriah kata tuan pengarah Osman Ali . Puas hati lah jugak dekat situ . Haha aku rasa macam dah lari daripada tajuk je ni . Saja nak cerita aku kesian sungguh dengan seorang yang bernama lelaki ni .

Hidup dia tak pernah nak happy , nak chill , ada saja yang dia tak puas hati dengan orang . Orang buat tu tak kena , buat ni tak kena . heii macam lah awak tu bagus sangat sampai nak judge orang tak tentu pasal kan . cermin lah diri tu dulu . ada saja cara dia nak jatuhkan orang tu . orang orang macam ni lah yang kita panggil plastik
sampah . nasib baik tak sampah masyarakat...

Foto oleh Kamaliza