Rabu, 5 Januari 2011

Happy Birthday Kak Feeqa








Hey peeps ! Happy Readings :)

Pagi ni tepat jam 1030am aku bangun dari tidur dan bingkas untuk mandi . Actually pagi ni ade class Production Management by Miss Nurul Ain . Tapi aku jambu faidiel and another group kami lewat sampai . HAHA Nasib baik lah miss ain mood cool pagi ni . heee . Dan nasib baik jugak lah class hari ni satu jea . So boleh lah buat kerja lain kan .

Dipendekkan cerita class tamat jam 1230pm . then kami decide nak menyambut birthday kak feeqa tanpa pengetahuan nya . So masing masing mula kan lah lakonan nya . Nina dan Shikin pretend ajak kak feeqa ke Masjid Jamek untuk beli tudung , dan tiba tiba menukar plan mengajak kak feeqa ke Ampang Park untuk beli tudung disana .

Kak Feeqa pulak blur blur time tu , so just ikut je la . HAHA . Dalam pada itu jambu , Amirul , faidiel , ijoy , dan daus sabri dah plan nak ke Ampang Park untuk standby dekat KFC . So mereka bagitau kak feeqa yang mereka nak lunch di cafe saje . Then aku dan firdaus ismail pulak decide nak follow Nina , Shikin dan Kak Feeqa ke Ampang Park . Firdaus Ismail pura pura nak beli underwear katanya , HAHA .

So kitorang pun terus gerak ke destinasi yang ditujui . Dalam perjalanan ke Ampang park itu , traffic agak jamm sikit . So time tengah berhenti tu boleh pulak selisih dengan jambu and others , aduhh kak feeqa pulak perasan . Kak feeqa pun tanya lah . Kenapa jambu dgn yang lain lalu sini . kata nya nak makan di cafe tadi . So aku pun terpaksa lah pura pura call jambu dan beritahu kak feeqa yang jambu nak ke gym pula . tak jadi nak lunch dulu . So kak feeqa pun percaya . fuhh ! selamat ,

Sampai saja di Ampang Park , kitorang terus bawak kak feeqa round round dalam tu , sementara jambu dan yang lain setting kat dalam KFC . Selepas dah round round tu , aku decide nakbeli Dunkin Donuts , then bila kami naik jea ke tingkat atas , faidiel juga ade disitu , so memang faidiel kene berlakon lah cerita dye kan . HAHA . Faidiel pun terpaksa lah bagitahu yang dia datang sebab nak jumpe dgn member lame katanya . And kak feeqa pun percaya .

Selepas pada itu , aku turun ke bawah untuk upah pelukis yang ade disitu untuk melukis potret wajah kak feeqa sebagai hadiah dari kami . Dengan segera aku menunjukkan gambar kak feeqa didalam hp aku dan pelukis tersebut mula melukis . Risau jugak lah takutakut kak feeqa turun ke dengan yang lain . Then jambu call bagitau semua dah ready , Aku bagi masa pada jambu 10-15 mnt untuk tunggu potret .

So dipendekkan cerita , potret dah siap , dan aku bergegas ke KFC . sementara firdaus ismail , nina , dan shikin dalam perjalanan ke KFC juga . Agak lama jugak lah nak tunggu si Nina dan yang lain ni . diorang boleh pergi Avon pulak . Ayam dah nak sejuk tu . HAHA . so bile kak feeqa masuk saja dalam KFC , dia agak terkezutt jugak laa . tibe2 ade cake atas meja siap dengan lilin ayam goreng semua .

Dah lah sebelum datang ampang park , kak feeqa memang mengidam nak makan KFC , finally dapat juga . Heee . So kami pun meraikan lah birthday kak feeqa , dan termasuk lah birthday Nina actually , sebab birthday Nina baru saja lepas baru2 ini , tapi tak dapat nak buat surprised sbb masing masing pulang ke rumah family . Kak feeqa agak terharu lah juga time tuh . heee . HAPPY BIRTHDAY KAK FEEQA !!

Selesai saja makan , faidiel decide nak ke KTV Karaoke . HAHA masing masing pun muke okay jea . so kitorang pun terus bergerak ke KTV Karaoke , lepak lepak nyanyi nyanyi dalam tu selama 2 jam , petang itu hujan agak lebat laaa . Kami keluar pada pusat karaoke pada jam 600pm , so kitorang decide untuk pulang kerumah , sbb malam nak datang college lagi untuk discussion . So kak feeqa pun wish thank you to all adik adik nya ni . HAHA .

And thanxx to Firdaus Sabri for the KFC :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan