Rabu, 27 April 2011

Yes ! Saya diterima berkerja !!


Selepas aku berhenti daripada Rum Jungle , Alhamdulillah aku diterima untuk berkerja di sebuah restoran / cafe yang popular juga di sekita Kuala Lumpur ini iaitu Noodle Station . Malah bukan aku seorang saja yang diterima . 2 rakan ku ejoy dan nina juga turut sama diterima berkerja disitu . untuk 2 minggu yang tengah cuti semester ni kami bertugas sebagai full time waiter and waitress .

Bile dah start semester baru nanti baru lah kami ni jadi part time . untuk full time ni kitorang masuk kerja pada jam 11pagi hingga lah 12malam . Break hour selama 2 jam . So boleh la nak balik ke nak buat ape ape yang patut . Noodle station ni adalah restorang yang terkenal dengan mee buatan sendiri . Mee yang sangat unik dan tidak ade di tempat lain .

Alhamdulillah gaji pun okay , boss pun okay . nampak macam senang je nak bodek boss bagi naik gaji . HAHA . mane lah tau kot kot dapat bonus ke . Lokasi dimana aku berkerja ini terletak di Danau Kota . Noodle station ni berada di sederetan dengan Old Town White Coffee . So anda semua yang nak makan mee yang pedasss lazat ni boleh la berkunjung ke restoran ini yeah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan