Khamis, 14 Julai 2011

Selamat Jalan Sahabat


12th July 2011 . hari terakhir aku nak habis kan masa dengan member aku sorang ni . Mohd Faidiel Danial . Actually tengah hari itu aku bangun dari tidur badan aku panas gila , kepala aku pening bagai nak pecah berdenyut denyut ! Sama la jugak dengan faidiel , dye lagi pening memikirkan tak ada siapa nak hantar dye ke duta . Dye call firdaus banyak kali tapi x jawab jawab . Busy agak nya .

Dalam sejam lepas tu baru dye call . so settle masalah kat situ . Tak lama lepas tu faidiel minta aku check website Sani Express , nak tengok phone number company tu . So dah dapat dye call branch dekat Jalan Duta untuk tanya kan waktu berlepas malam ini ke Kangar Perlis . So 1130malam ade bus ke Kangar Perlis . So kitorang bersiap siap lah nak ke Jalan Duta .sebelum pergi makan .

Aku , faidiel , dan yaya terus bergerak ke jalan duta untuk memberli tiket . Dipendekkan cerita tiket dibeli dan kami terus bergerak ke Pelita Nasi Kandar KLCC . boleh dikatakan seminggu ni saja kitorang makan kat situ . Santapan petang itu , Nasi briyani + ayam masak kurma . Aku takde selera nak makan petang tu dengan demam nya pening kepala lagi .

So lepas habis makan , kami bergerak ke Pavilion , yaya nak cari kasut dye . semalam x sempat nak pergi sbb butik padini tu dah tutup . So pergi lah harini . Sementara dye membelek belek kasut , aku dan faidiel pergi tengok baju dekat PDI tu , faidiel berkenan dengan satu baju tu . then aku suruh dye pergi try , try punya try , aku tengok pon okay dye pakai . then ye letak balik baju tu kat tempat asal dye dan terus pergi kat yaya .

Aku lepak luar kejap pergi smoke 2 3 minit , then aku tengok dye teman yaya cari kasut . So aku pergi ambil baju tu and terus ke kaunter untuk bayar . Lepas dah bayar aku terus bagi kat dye . HAHA . anggap je lah tu birthday present dari aku . even birthday dye 16th July ni . tapi dye dah balik kan . aku tau dye suka baju tu and aku harap dye hargai pemberian aku yang x seberapa tu .

So tak lama lepas tu yaya pun beli 2 pasang kasut . Lepas tu kami pusing pusing pavilion tu , then lepak minum dekat starbuck dalam half and hour . jam menujukkan pukul 9 lebih . Faidiel dah nak balik rumah nak siap siap . takut lambat pula . Aku suruh dye call firdaus takut2 firdaus tertidur . Bukan betul dye tu . kang lain yang jadi . HAHA

So lepas lepak starbuck , kami bergerak pulang ke rumah . siap punya siap . firdaus tiba tepat jam 11 malam . aku tolong faidiel bawak turun kotak2 and luggage dye . memang pindah terus la ni . dye praktikal dekat Perlis . tak jumpa dah la lepas ni . dipendekkan cerita kami tiba di duta jam 1125 malam . Alhamdulillah bus pun belum tiba lagi time tu . So relax kejap . Bila bus sampai je aku terus tolong dye bawak kotak masuk bawah bus .

Masanya telah tiba , kami bersalam salaman , lepas ni tak jumpa dah . Dye pergi meniggalkan kami demi mengejar cita cita dye :) Aku bersyukur ada seorang member baik macam dye . Banyak kenangan dari semester 1 sampai lah kami tamat belajar . dye banyak tolong aku , jadi pembakar semangat aku . lepas ni dye dah praktikal kat sana . so x de lah jumpa dah . calling sms je la :) sedih jugak lah malam tu . cuma aku tahan je . hmm .

Lepas ni aku terus kan hari hari aku tanpa seorang sahabat macam dye :) Im gonna miss you buddy !

---------------------------------------------------------------

Selamat Jalan Sahabat :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan