Khamis, 2 Februari 2012

Aku tak mahu waktu itu lagi

Sudah ! Cukup lah sekali
Benci aku mendengar perkataan itu dari mulutnya lagi.
Sudah lah membenci aku malah menghina lagi
Dia bukan lagi seperti pertama kali aku bertemu dengannya
dia sudah lain , lain yang teramat

Aku hanya menjadi seorang pemerhati yang kaku
kaku berdiri dimarahi walaupun bukan silap sendiri
kaku menjadi bodoh bangang kerana tidak dapat memarahinya
kaku kerana dizalimi dan dicaci
tak sangka ada manusia seteruk dia di bumi fana ini

Sudah lah Hati ! Jangan kau berkata ya untuk dia lagi
Sudah lah Mata ! Jangan kau toleh lagi orang yang pernah membenci kau
Dia bagaikan cukup sempurna cukup bagus sampai marah aku dengan teruk sekali
Sumpah aku benci kau !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan