Isnin, 17 September 2012

Lagenda Budak Setan 2

Hai semua Assalamualaikum.

Mula mula sekali nak Ucap Salam Aidilfitri Buat semua. Haha Maaf lah lama sangat dah tak jenguk and conteng conteng dekat ruangan ni. Masa sememangnya sangat mencemburui saya. Alhamdulillah kita dah pun melangkah ke bulan September dan ada beberapa bulan saja lagi untuk ke 2013 :) Rasa macam sekejap sangat je masa ni berlalu. Saya yang busy dengan kerjaya dan keluarga sampai tak sedar dah nak hujung tahun.

Habis saja roll filem Lagenda Budak Setan 3 May lepas memang terus busy yang teramat sangat. Bermula dengan promotion bagi filem Untuk 3 Hari arahan pengarah box office Afdlin Shauki yang akan ke Seluruh Pawagam Malaysia pada 20 September 2012 ini. Menampilkan pelakon hebat seperti Vanidah Imran Ayu Raudhah Rashidi Ishak dan Afdlin Shauki juga ramai lagi.

Sekarang ni dah rasa boleh bernafas sikit lah sebab promotion untuk filem ini pun hampir selesai. Haaa lepas habis yang ni. Lagenda Budak Setan 2 pula yang akan menyusul ke seluruh Pawagam Malaysia pada 29 November 2012. Promotion lagi kan ? Hahaha macam macam nak kena buat ni. Dengan contest (^^,) Malam Gala lagi. Sidang Media semua. Semua nak kena settle cepat. Billboard lagi nak letak kat semua tempat.

Bila dah settle pasal Lagenda Budak Setan 2 ni baru lah boleh nak bercakap pasal Pilot Cafe. Sebuah adaptasi Novel terlaris Ahadiat Akashah yang bakal difilemkan dan diarahkan oleh Pengarah Lagenda Budak Setan dan Penerbit Ombak Rindu juga merangkap kepada Bos saya Mr Sharad Sharan. Pilot Cafe yang menampilkan Neelofa dan Fahrin Ahmad dan juga ramai lagi pelakon terkenal yang lain.

So cukup lah setakat tu saya bagitahu daripada tak update langsung kan (^^,) Salam sayang buat semua.

2 ulasan:

  1. Hi, apa perkembangan terbaru filem pilot cafe.. Heronye sape?? Harap2 fahrin.. He2

    BalasPadam