Rabu, 19 Disember 2012

Segalanya Tentang 2012

Hello !! Hai Semua. Woww sebenarnya memang dah lama I tak masuk dalam ruangan ni nak main lukis lukis ke conteng conteng ke !! Maaf la memang betul betul busy dan tak ada masa nak Menulis ! Okay yang dah lepas tu kita biar dia jadi kenangan sampai bila bila (^^,) Kita pun dah nak melangkah ke tahun baru tahun 2013 !! Tak sabar tak sabar tak sabar !! Hehehehe

Ok ! Untuk penghujung 2012 ini banyak benda nak cerita ni. Macam macam benda dah I buat. Semuanya smooth je berjalan lancar seperti yang dirancang. Nak cerita pasal kerja. Segala promotion untuk filem Lagenda Budak Setan 2 telah pun tamat. Pergi Road Tour ke Melaka. Kuantan dan sekitar Kuala Lumpur. Orang Melaka Kuantan and KL memang Sporting habis ! And yang paling best sekali dekat Wangsa Walk Mall anjuran Tarantella Pictures dan Cikgu Tuition untuk Charity 600 orang pelajar menonton filem Lagenda Budak Setan 2. So promotion LBS2 berjalan dengan Lancar.

Lagenda Budak Setan 3 ?? Okay sequel itu pula akan ke pawagam pada tahun 2013, tarikh masih lagi belum ditetapkan ! Hopefully best !! tengok trailer pun nak agresif. Sekarang ni I tengah busy untuk mencari pelakon pelakon popular filem Pilot Cafe. Yes ! Pilot Cafe adaptasi Novel terlaris dari Ahadiat Akashah yang bakal difilemkan. Pengarah nya tak lain tak bukan Osman Ali dan dibarisi dengan Fahrin Ahmad Izara Aishah Neelofa Zul Ariffin Remy Ishak Azizah Mahzan dan Ramai lagi. Jadi kena lah tunggu ya !

Untuk bulan Disember ini juga Lesen Memandu ! Yes ! Finally I dah ada Lesen Memandu Kereta !! Sekian lama tunggu masa yang free untuk masuk class memandu akhirnya Lesen ini ada di tangan Saya !! Hahaha. Kereta ?? Ooh akan datang. Masih dalam pemilihan lagi kereta mana yang sesuai ! Haha mungkin minggu depan ? 2 minggu lagi ? atau Januari 2013 ? Siapa tahu ? Ooh ya ! Harini jugak 19 Disember dapat berita daripada adik I yang baru dapat result PMR :) Ooh finally result dia dah keluar. Well not bad ! I pun tak sangka dia boleh dapat result bagus macam tu ! Tahniah Adik !

Khawin ? Yes ! Sebenarnya ramai kawan kawan college and sekolah dulu yang dah ke Jinjang Pelamin. Bertuah nya dapat Jodoh awal :) Pada Puan Nina. I doakan you and Faizal bahagia selamanya ! Muahh ! sorry tak dapat attend wedding uols ! I betul betul busy dengan Kerja (^^,)

Hmmm apa lagi yang tertinggal ya ?? Birthday ! Yes ! Birthday Mama yang lepas. Mama betul betul happy dapat Handbag baru yang I beli haritu :) And Boss pula Happy dapat Hadiah Lampu Meja office dari Ikea minggu lepas ! Bagus la kalau semua Happy dapat Hadiah Birthday !!

Kawan ? Minggu lepas and Minggu yang akan datang. rasanya tak dapat nak spent time dengan Kawan lama lama sikit. Baru baru ni pergi BB Plaza and terserempak dengan Intan dekat Cotton On ! Wow ! Intan shopping sorang sorang ?? Macam tak percaya !? So we decide to window shopping together gether dekat area area bukit bintang yang sesak dengan orang ramai tu. Hari yang sama sebelah Malam. Thank god ! Yaya and Meen datang KL. ambil I dekat rumah and we're going out for Dinner !! Meen bawa makan dekat kedai Thailand. Well tak sama dengan mana mana kedai Thailand yang I pergi sebelum ni. Nama kedai ni Sukhumvit somewhere in Kg Baru ~ Well it was a good foods. and kenyang sangat ! Nasi Goreng Krapraw harga Rm5 memang sangat Berbaloi :)

Okay ! Enough Talking ! I have to go Now ! New Story ? Okay nanti i update ! Bye xoxo !

2 ulasan: