Ahad, 22 Mei 2011

7 Lagu


Malam ni aku balik kerja jam 7malam . Lepak kat rumah mandi mandi , basuh baju semua then seperti biasa aku online facebook and twitter . Online punya online sampai lah jam 10 malam . then aku IM Chat dengan aqina , dye ajak makan dekat kedai biasa kami makan kat bawah pangsamurni ini . So aku , aqina and mimie turun bawah . Bob pun dah ade kat bawah tengah makan . So kitorang terus join sekali .

Santapan aku untuk malam itu Nasi Putih ayam kunyit berserta telur bungkus dan Jus Epal . Sambil layan konsert minggu ke 7 akademi fantasia . Dalam pada itu ada lah iklan satu telemovie kat astro ni . Macam menarik je cerita tu . So kami decide nak tengok telemovie itu selepas akademi fantasia habis . Dipendekkan cerita tepat jam 11 malam telemovie tu start . kami berempat terus tukar posisi kedudukan and duduk kat depan tv . HAHA dah macam kat panggung wayang pulak

Telemovie arahan Khabir Batia 7 LAGU yang menampilkan pelakon hebat Farid Kamil , Tiz Zaqyah , dan Emilda Rosmila . Telemovie mengisahkan Farhan ( Farid Kamil ) yang berada di dalam penjara atas tuduhan membunuh Kekasihnya Tania ( Tiz Zaqyah ) berserta Peguam bela Farhan , Sabrina ( Emilda Rosmila ) . Cerita ni memang agak berbelit sikit pasal banyak flash back . Khabir Batia kan faham faham je la . HAHA

Tapi memang gempak lah telemovie tu , banyak tanda tanya pada awal permulaan cerita . mula mula macam boring sikit , pada pertengahan cerita dah start seronok telemovie tu . Dengan kami yang gelak gelak kat kedai makan tu . dengan kucing pun boleh pakai tudung jadi superman . HAHA . So telemovie tamat jam 1245am . Aku decide nak naik atas dulu pasal dah tak larat :) Sejuk gile malam ni . ye lah dari petang hujan kan :) So naik atas on lappy terus update blog kali ini !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan