Jumaat, 26 Ogos 2011

Minggu Akhir

Salam Sejahtera . Seminggu di Tarantella Pictures membuatkan aku rasa lebih mesra dan rapat dengan rakan rakan setugas aku . HeHe . Termasuklah Abang PM aku . yang hari hari nampak smart datang ke office ! HaHaHa . Minggu ni mungkin minggu akhir dekat Tarantella , lepas ni dah back to Nuansa Film sebab kerja kerja dekat Tarantella dah settle .

Minggu ni jugak Minggu akhir bagi Drama bersiri Ramadan Terakhir lakonan hebat Esma Daniel , Fazlina Ahmad Daud dan Tasha Shilla Razak . Seronok layan drama ni , penuh emosi konflik keluarga . Minggu ni juga adalah minggu terakhir buat semua umat islam untuk berpuasa bagi tahun 2011 ini . Lepas pada minggu ni dah Raya . Sabtu pagi aku akan bertolak ke Melaka untuk beraya bersama Keluarga tersayang

Salam Aidilfitri buat semua semua kawan kawan yang kita sayang :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan