Sabtu, 20 Ogos 2011

Tahukah Anda ???

  • KAMU YANG BERTUBUH GEMPAL
Elakkan memilih fesyen bercorak sarat kerana itu akan menampakkan bentuk badan yang lebih besar . Sebaiknya pilihlah corak berjalur lurus atau menegak yang akan membuatkan badan lebih langsing .

  • KAMU YANG KURANG TINGGI
Corak yang sesuai ialah corak menegak yang akan memberikan kesan tubuh untuk kelihatan lebih tinggi . Kamu seharusnya membiarkan leher kamu bebas daripada aksesori kerana leher yang kosong akan menampakkan tubuh kamu lebih tinggi

  • KAMU SI TINGGI LAMPAI
Lebih sesuai jika kamu memakai baju yang bermotifkan bunga dan corak yang agak besar supaya kamu nampak lebih menarik dan cantik

  • KAMU SI KECIL MOLEK
Cuba pakai kebaya pendek yang menampakkan susuk tubuh tanpa padanan aksesori yang sarat kerana ia hanya akan menenggelamkan diri kamu . Warna cerah adalah sesuai untuk kamu .

  • KAMU YANG BERKULIT GELAP
Hindari warna warna kusam seperti hitam atau coklat gelap . Cuba lah warna warna seperti biru atau ungu muda agar kamu nampak lebih anggun di pagi raya

  • KAMU YANG BERKULIT PUTIH
Kamu sesuai menggayakan sebarang jenis pakaian . Warna yang terang dan ceria juga amatlah sesuai untuk kamu .


Selamat Mencuba !! Salam Aidilfitri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan