Sabtu, 24 September 2011

Kekasih Gelap

Hari hari aku pada akhir ini penuh dengan senyuman dan gelak tawa . semua nya bermula dengan rakan rakan sekerja sehinggalah hubungan aku dan si dia . Maaf kerana aku tidak dapat beritahu lagi siapa si Dia itu . dan yang penting dia bukan rakan sekerja / rakan sekelas .

Dia banyak mengajar aku erti kehidupan , ya aku mengaku hidup ini tidak seperti apa yang kita mahu . apa yang kita inginkan itu belum tentu dapat . tetapi jika ianya berlaku , aku pasti kita akan dapat lebih dari itu . kalau tidak , tidak mungkin keluar peribahasa 'pucuk dicita ulam mendatang' kan ??

Banyak benda yang dia selalu cakap pada aku itu aku simpan dalam kepala baik baik . Balik rumah aku google kan perkara perkara tersebut . walau pun aku tahu ia agak berkarya aku cuba untuk memahami . Sedikit demi sedikit aku akan kenal si dia . dan finally apa yang aku harapkan selama ini menjadi . betul lah kan , kalau dah nak jadi itu maka jadi lah dia . and kalau tak diizinkan itu maka tak jadi lah dia .

Untuk beberapa minggu akan datang ini , aku tahu aku akan jarang untuk berjumpa dia . Mungkin kalau malam itu dapat jumpa , jadi jumpa lah . andai rasa itu tak pudar maka tidak lah dia . aku faham dan aku mengerti hanya kerana kekasih gelap :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan