Jumaat, 30 September 2011

Menembak

Dalam pada kesibukan di kota gah Kuala Lumpur ini . Aku juga memulakan hari pertama di set . Dekat set penggambaran ini macam macam yang aku dapat lihat , yang aku dapat kenal , Team Production Abang Osman Ali Nuansa Film and Tarantella Pictures ini dah macam sebuah keluarga bagi aku .


Kadang kadang kita belum kenal seseorang tu dan terus describe orang nya macam mana . tapi bila kita dah mula kenal dan makin hari makin mesra dah macam family sendiri ia membuatkan kita jadi makin rapat .
Macam aku pulak kerja aku di office dan turun set pada sebelah petang . begitu lah sehingga seterusnya . Sebelum ni main berteka teki saja kerja production ni macam ni macam tu . Sekarang bila dah dekat set baru lah aku faham erti sebuah production itu

Masuk hari ke 6 aku masih lagi di Banglo Mewah berdekatan seksyen 8 Kota Damansara . Sekarang ini tengah sibuk dengan menembak drama bersiri Bicara Hati yang bakal ditayangkan di Astro Prima slot Qaseh awal tahun baru nanti .

Sepanjang shooting ni lah yang buat aku ni jadi kurang tidur , kurang bercakap , macam macam lah yang kurang . tapi bukan kurang ajar . So pandai pandai lah korang google nanti regarding this drama .

foto oleh Anis Azmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan