Sabtu, 8 Oktober 2011

Jiwa Ranap Hati Berkecai

Pejam celik kita dah pun melangkah ke bulan Oktober . Hari hari aku di september lalu menjadi makin suram makin sukar hingga menjadi kan aku kurang gemar untuk bercakap . Aku melangkah ke bulan Oktober dengan rasa sabar , aku susun baik baik perjalanan hidup aku . Biar lah apa orang nak kata . aku hanya mampu telan dan senyum . mungkin itu lebih baik .

Beberapa hari lepas keputusan yang diberitahu membuat kan aku rasa dingin . Aku jadi hilang rasa untuk bersamanya . Jiwa ranap hati berkecai bila aku dengar perkataan yang dikeluarkan dari mulutnya . Ternyata selama ini aku memang silap , Silap yang teramat besar dalam hidup aku . Jika aku punya sayap , akan aku terbang setinggi boleh , sejauh boleh .

Untuk hilangkan rasa kecewa yang ada dalam diri ini . Harapan yang diberikannya itu membuat aku rasa betul betul kecewa . Namun aku terus cuba dan cuba tapi gagal , aku bangkit dan cuba lagi , namu tetap gagal . Mungkin betul kata orang , Kalau tuhan tak mahu ianya berlaku maka tidak berlaku lah ia . Jadi aku lalui hari hari aku tanpa rasa apa apa pada dirinya...

#Semoga aku tabah dan punya jiwa yang kental hadapi semua ini

Foto oleh Lad Hashim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan