Khamis, 29 Disember 2011

Buntu dan Takkan pernah terjadi

Hai semua . lama juga tidak menulis dalam ruangan ini . entah lah rasa macam tak ada apa yang perlu ditulis melainkan perasaan kecewa yang ada dalam diri. Sejak kebelakangan di akhir bulan untuk 2011 ini aku jadi makin worst, hilang fokus pada kerjaya, segalanya serba tak kena. Aku juga pening dengan apa yang berlaku dalam diri aku.

Hari demia hari, hari hari aku jadi suram dan muram. Nampak saja aku ni okay tapi dalam hati siapa yang tahu kan. Masalah demi masalah datang. Setiap cabaran yang tiba aku tepis dan tangkis walaupun aku rasa ia agak sukar tapi ianya adalah suatu pengalaman dalam kehidupan.

Bak kata dia. Dia yakin aku boleh pergi jauh. tapi kadangkala ayat ayat yang dikeluarkan dari mulutnya itu membuatkan aku rasa down sangat. aku pendam aku simpan dan satu masa aku luahkan pada orang yang aku percaya. Ia jadi begitu teruk bila aku meluahkan perkara itu tanpa pengetahuan dia.

Kebelakangan ini kerja kerja aku jadi tidak lengkap, tidak seperi sebelum sebelum ini. Aku juga tak tahu mengapa ? Mengapa hilang fokus ? Mengapa sering lupa ? Apa yang aku fikirkan dalam kepala otak ini pun aku tidak tahu. Fikirkan dia ke ? Ohh sudah tentu tidak ? Mulut kata tidak kadang Hati kata ya !

Sampai bila aku nak macam ni. Akhir Disember ni aku masih lagi sibuk dalam menembak Drama Bersiri Bicara Hati oleh Osman Ali. Lagi beberapa hari saja untuk menghabiskan penggambaran drama ini. Jadi lepas ni jarang lah berjumpa dan aku harap perasaan itu akan hilang, lenyap selamanya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan