Jumaat, 16 Disember 2011

Perlahan ku lepaskan

Muhd Firdaus Bin Ismail . Seorang yang ceria , penuh gelak tawa . Siapa sangka tanggal 14 December 2011 kita dikejutkan dengan kehilangan seorang sahabat yang sangat bererti buat kita semua . Dia lah yang menceriakan dia lah segalanya . Dari apa yang aku dapat lihat arwah sememangnya seorang yang berani dan gemar bercakap .

Siapa sangka 14 December 2011 ialah hari terakhir kita melihat arwah . Tiada lagi gelak tawa nya yang besar , tiada lagi jenaka yang akan kita tawa . Sehari sebelum arwah pergi , arwah call aku .

Firdaus : Wei kau kat mana ? Bila lagi mau lepak ?

Zul : Hey Gary ! lame x sembang ! aku kerja la

Firdaus : Ahh kau busy memanjang ! kau free x ? balik kerja kau call aku kita lepak ,
aku tunggu ! kau tak call aku , lepas ni aku tak call kau dah (sambil gelak
besar !!)

Zul : Haha okay okay apa apa aku halo !


Malangnya aku pulang kerja lewat , aku call juga tapi tiada sebarang jawapan , mungkin sudah tidur rasanya . Saat aku dapat berita tentang pemergian arwah, aku merasa diri aku adalah orang yang paling bersalah sekali. Sungguh aku tak sangka kata kata terakhir dalam panggilan itu adalah satu hint yang arwah akan pergi meninggalkan aku dan yang lain...

Esok harinya aku cuba juga untuk membuat panggilan tetapi tiada sebarang jawapan. Mungkin dia sibuk, mungkin juga tak dengar . Apa yang aku tahu tepat jam 9 malam , salah seorang rakan memberitahu bahawa arwah telah tiada , telah pergi untuk selamanya...

#Semoga roh nya dirahmati allah s.w.t dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman..AKU SAYANG KAU GARY ! ~Al Fatihah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan