Rabu, 25 April 2012

Semalam ialah Kenangan

Lebih kurang seminggu lagi untuk aku menamatkan sesi menembak Filem Arahan Sharad Sharan iaitu Lagenda Budak Setan 3. Buat masa sekarang ni aku lagi sedang bercuti selama empat hari kerana baru saja pulang daripada Pulau Perhentian selama Seminggu menjalankan penembakan filem ini.

Banyak perkara menarik yang berlaku di Pulau tersebut. Kenangan kenangan Manis yang aku rasa sukar untuk aku lupakan. Gayahidup orang disana. Dapat berkenalan dengan orang yang tinggal disana. Cara hidup mereka semua aku dapat tahu. Berat rasa hati nak tinggalkan pulau itu. Tapi nak buat macam mana aku hanya datang untuk bekerja dan sambil itu juga dapat aku meluangkan masa lapang walau hanya sedikit di Pulau Perhentian itu.

Rasa nya dekat sebulan juga aku tidak jenguk dan menconteng diruangan ini. Sibuk dengan kerja sampai lupa nak bercerita dekat sini. Biasalah kalau dah seronok dengan kerja, benda lain pun sampai lupa nak buat. Walau bagaimanapun aku berharap agar dapat menghabiskan sesi menembak ini tidak lama lagi. Baru lah boleh goyang kaki lepak lepak luangkan masa bersama yang tersayang...

always...
ZULsham

Tiada ulasan:

Catat Ulasan