Selasa, 19 Jun 2012

Catatan Rindu

Hai Semua Assalamualaikum. Maaf lah lama juga aku tak jenguk jenguk ruangan ini. Biasalah bila dah mula ada komitmen dalam diri. Bukan malas cuma masa yang mencemburui aku untuk berkata kata di ruangan ini. Ruangan yang memberi aku kotak besar untuk mencatat segala apa yang aku lalui di dunia ini. Alhamdulillah kita sudah pun melangkah ke bulan kegemaran aku iaitu June. Many good thing will happend in this June. Tapi banyak juga bad thing yang akan berlaku. Siapa tahu ? Kita hanya merancang dan tuhan sahaja yang akan tentukan...

Good things happened in May. Aku bersyukur kepada tuhan kerana kembali mekar indah kan hidup aku seperti dulu. Kalau dulu aku serind berduka entah kenapa aku juga tak faham. Sampai aku rasa marah pada takdir yang menjadikan aku seperti ini. Tapi aku masih punya keluarga rakan rakan yang masih memberi aku semangat yang panas di belakang. Sering kali aku terjatuh aku bangkit dan teruskan hidup walaupun diri ini masih tidak berpuas hati dengan takdir yang berlaku.

Hadirnya June dalam hidup aku kali ini akan membuat aku lebih yakin dengan Hidup, Kerjaya dan Keluarga. Mama Abah yang sentiasa ada disisi. Kadangkala aku hampir lupa mereka bila aku berada di samping rakan rakan yang hanya senang bersama malah lari bila kesusahan menimpa kita. Ada sesetengah rakan rakan ku yang sebegitu. Aku hanya mampu berdiam dan memerhatikan sikap mereka itu. Bila sudah membuat kepuusan yang muktamad aku pergi meninggalkan mereka.

Dan pada masa itu lah baru aku mula mengingatkan Abah dan Mama yang selalu membantu tidak kira mahupun susah atau senang. Aku faham dan aku cukup mengerti pengorbanan mereka sejak aku keluar dari Perut Mama ku lagi. Selagi mereka masih hidup di muka bumi ini aku janji aku akan membahagiakan mereka semampu yang aku boleh lakukan. Cukup disitu kisah ini. Kembali pada kerjaya aku, sekarang aku masih lagi rest. Rest bukan bermaksud aku hanya duduk rehat dirumah. tetapi berehat daripada penggambaran.

Aku akan memulakan penggambaran filem yang berjudul Pilot Cafe pada penghujung September ini. Jadi bermula June hingga awal September ini aku hanya melangkah masuk ke office 10 Pagi 5 Petang sahaja...

1 ulasan:

  1. Hi bro!! Filem pilot cafe adaptasi drpd novel ahadiat akashah kan?? Nice novel!! sape pelakonnya..

    BalasPadam