Sabtu, 2 Mac 2013

Diam Kadangkala Tak Berkata

Assalamualaikum.

Aku tahu dah lama aku tak menulis dalam ruangan ini. Mungkin sibuk. Mungkin tak sempat. Atau mungkin sudah tak berminat. Sebelum itu nak masih tidak terlambat untuk ucapkan Salam 2013. Rasa macam cepat sungguh masa berlalu, kita telah pun melangkah ke Bulan Mac. Banyak perkara yang telah aku lalui sepanjang Januari dan Februari begitu juga dengan anda bukan ? Apa yang ingin dikongsikan harini ialah tentang kehidupan.

Bila dah lama meniti alam pekerjaan, dah stabil, tiba tiba rasa rindu pada teman teman, tenaga pengajar, zaman belajar, macam macam lagi lah. Terus Terang aku katakan aku rindu semua. Dan sebenarnya aku dalam pemikiran untuk bertukar kerjaya. Bukan aku tak seronok kerja di syarikat ini. Cuma aku sentiasa mencari sesuatu pekerjaan yang lebih baik dalam menentukan Masa Depan hidup aku.

Setiap hari aku boleh dikatakan kurang gemar bercakap dengan semua orang. Kalau aku balik rumah aku akan terus ke bilik dan tidak akan keluar sehingga esok paginya aku keluar kerana mahu ke Pejabat. Ya, aku merasakan hidup aku kini kosong. Tiada teman teman, tiada gelak tawa, tiada apa apa. Begitu juga aku masih dalam perancangan untuk berpindah ke Putrajaya. Baru baru ini aku ke Presint 14 untuk melihat rumah baru, bagus, cantik, dan privacy.

16 Mac 2013. Penggambaran filem Pilot Cafe arahan Osman Ali akan bermula. Mungkin ada baiknya aku ikut penggambaran ini. Sekurang kurang nya aku tak lah merasa bosan. Penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Redang Terengganu. Mungkin itu saja untuk ruangan pertama di tahun 2013 ini.

Salam Semua

1 ulasan:

  1. Mesti pilot cafe tgah shooting kan??? Well, gud luck.. Tgok BTS pilot cafe drpd IG neelofa... Sgt sesuai gandingan sharmila n ameer..kudos to all ur team krn pemilihan pelakon yg tepat.... Hrap2 dpt kongsikn gambar BTS PILOT CAFE byk2.. Hehe... Dgar kate filem ni ade sambungannye, betul ke??.. Harap pelakon xbertukar2...

    BalasPadam